Transformasi pemikiran keusahawanan bagi dimensi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan OKU
Kajian ini memfokuskan kepada transformasi ilmu pemikiran keusahawanan dari aspek dmensi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism.Program ini merupakan program pemindahan ilmu dari pihak akademia kepada pihak in...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/18561/1/JGBSE%201%201%202015%20%2068-76.pdf http://repo.uum.edu.my/18561/ http://gbse.com.my/isi15/GBSE%201(1),%2068-76%20(2015).pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini memfokuskan kepada transformasi ilmu pemikiran keusahawanan dari aspek dmensi mengenal peluang keusahawanan dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism.Program ini merupakan program pemindahan ilmu dari pihak akademia kepada pihak industri dan seterusnya pihak industri akan
memindahkan ilmu ini semula kepada peserta program.Program Transformasi OKU dalam edutourism
merupakan program kerjasama antara pihak UUM dan Yayasan EMKAY serta Yayasan Pulau Banding.Seramai 10 orang peserta OKU telah menyertai program ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah transformasi mengenal peluang keusahawanan
dalam kalangan peserta OKU selepas mereka menyertai Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism untuk tempoh enam bulan.Kajian ini mendapati skor min keseluruhan mengenal
peluang keusahawanan dalam kalangan peserta OKU telah meningkat daripada tahap sederhana tinggi (skor min 3.74) kepada tahap tinggi (skor min 4.32) selepas mereka mengikuti Program Transformasi OKU dalam Edu-Tourism. Kajian ini menggunakan pendekatan pre-test dan post-test, di mana 16 item digunakan untuk mengukur mengenal peluang keusahawanan. Hampir semua item yang mengukur mengenal peluang keusahawanan menunjukkan peningkatan dalam skor min. Program ini didapati dapat membangun dan meningkatkan potensi pemikiran
keusahawanan golongan OKU, di mana peserta OKU berupaya untuk mengenal pasti peluangpeluang
keusahawanan yang terdapat di persekitaran mereka. Ini seterusnya memberi kesedaran dan laluan kepada golongan OKU untuk lebih berdikari dengan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. |
---|