Amalan kepimpinan wasatiyyah dan perbezaannya berdasarkan faktor demografi
Amalan kepimpinan wasatiyyah dalam kalangan pemimpin pelajar Universiti Awam adalah elemen penting dalam menjayakan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan kepimpinan wasatiyyah dan perbezaannya berdasarkan demografi respon...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ukhwah Foundation
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/19491/1/AJKC%204%202%2020152016%2060%2071.pdf http://repo.uum.edu.my/19491/ http://theaseanjournal.ukhwahfoundation.com.my/archives/451 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Amalan kepimpinan wasatiyyah dalam kalangan pemimpin pelajar Universiti Awam adalah elemen penting dalam menjayakan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan kepimpinan wasatiyyah dan perbezaannya berdasarkan demografi responden.Kajian ini menggunapakai pendekatan kuantitatif iaitu tinjauan keratan rentas untuk mengumpul data-data yang diperlukan.
Populasi kajian ini ialah pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Awam di seluruh Malaysia. Persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih responden dan seramai 305 responden telah terlibat dalam kajian ini.Instrumen yang digunakan ialah soal selidik amalan Kepimpinan Wasatiyyah yang dibina berasaskan kepada 30 manhaj wasatiyyah
oleh Yusuf Al-Qardawi (2010) dan beberapa sarjana Islam yang lain.Soal selidik yang dibentuk ini telah diuji dan dibuktikan kesahan dan kebolehpercayaan item dan dimensi yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepimpinan wasatiyyah diamalkan pada tahap tinggi dalam semua dimensi kecuali dimensi berstrategik pada tahap
sederhana. Justeru, elemen-elemen di dalam amalan kepimpinan wasatiyyah perlu diterapkan kepada barisan kepimpinan pelajar khususnya di Universiti-universiti Awam di seluruh Malaysia sebagai usaha kepada pencapaian pelan strategik pelapis kepimpinan negara akan datang |
---|