Hubungan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan penghayatan nilai murni pelajar
Aspek penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran adalah mustahak, terutamanya untuk menyediakan pelajar yang mempunyai ketahanan diri yang kukuh.Pelajar yang dididik melalui sistem persekolahan mestilah mampu menghadapi cabaran semasa dan juga cabaran masa depan.Cita-cita ini akan terca...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Perlis
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/21489/1/JHDC%203%20S%202014%2081%2092.pdf http://repo.uum.edu.my/21489/ http://johdec.unimap.edu.my/images/PDF/Vol%203%20Special%20Issue/Vol_3SI_2014_6_81.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Aspek penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran adalah mustahak, terutamanya untuk menyediakan pelajar yang mempunyai ketahanan diri yang kukuh.Pelajar yang dididik melalui sistem persekolahan mestilah mampu menghadapi cabaran semasa dan juga cabaran masa depan.Cita-cita ini akan tercapai sekiranya mereka menghayati nilai-nilai murni yang menjamin pembentukan peribadi dan sahsiah diri yang utuh, kental dan padu. Justeru, kertas kerja ini membincangkan hasil kajian amalan
penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni pelajar.Kajian ini merupakan kajian
kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif.Data dikutip melalui soal selidik yang melibatkan sampel kajian terdiri daripada 448 orang pelajar pelbagai bangsa sekolah menengah harian terpilih di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang
positif dan signifikan antara kekerapan penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan penghayatan nilai murni pelajar.Selain itu, kajian mendapati hanya teknik model/contoh penerapan nilai murni dalam pengajaran sahaja yang mempunyai hubungan signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar.Rumusannya, dapatan kajian ini dapat
menjadi panduan bagi memastikan amalan penerapan nilai murni dapat dilaksanakan dengan baik.Hal ini demikian kerana nilai-nilai yang diterapkan adalah nilai sejagat yang diterima oleh semua masyarakat yang terdiri daripada Melayu, China dan India. Secara tidak langsung, ia memberi implikasi dalam mewujudkan kelangsungan hubungan antara kaum melalui amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran guru khususnya dalam Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil
oleh semua pelajar pelbagai bangsa. |
---|