Penjenisan harta menurut fiqah muamalat: satu penilaian mengenai pemahaman konsep harta terhadap pengurusan harta umat Islam
Pembahagian jenis harta atau penjenisan harta adalah sebahagian penting daripada perbincangan konsep harta dalam fiqah muamalat.Lazimnya, perbincangan mengenainya tidak dihubungkaitkan dengan konsep harta tersebut. Artikel ini akan membincangkan tentang perkaitannya dengan konsep harta tersebut.Bagi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/21885/ http://jmifr.usim.edu.my/for-readers/jmifr-vol-7-no-1-2010/110-penjenisan-harta-menurut-fiqah-muamalat-satu-penilaian-mengenai-pemahaman-konsep-harta-terhadap-pengurusan-harta-umat-islam |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Summary: | Pembahagian jenis harta atau penjenisan harta adalah sebahagian penting daripada perbincangan konsep harta dalam fiqah muamalat.Lazimnya, perbincangan mengenainya tidak dihubungkaitkan dengan konsep harta tersebut. Artikel ini akan membincangkan tentang perkaitannya dengan konsep harta tersebut.Bagi mencapai objektif penulisan artikel ini, setiap penjenisan harta tersebut akan diklasifikasikan kepada tiga kategori besar iaitu penjenisan harta yang berkaitan dengan takrif harta, penjenisan harta yang berkaitan dengan pemilikan harta dan penjenisan harta yang berkaitan dengan pengaplikasiannya terhadap pengurusan harta umat Islam.Asas pengklasifikasian kepada tiga kategori besar ini adalah hasil daripada penganalisaan yang dibuat melalui pemahaman ulasan karya mengenai konsep harta dalam fiqah muamalat dan kerasionalan hubungkaitnya terhadap penjenisan harta-harta tersebut. Seterusnya. setiap penjenisan-penjenisan harta yang telah dinyatakan akan dipadankan dengan salah satu kategori tersebut mengikut kesesuaiannya. Alasan pengklasifikasian penjenisan-penjenisan harta tersebut kepada salah satu daripada kategori berkenaan akan diperjelaskan.Perbincangan dalam artikel ini adalah penting kerana faedah yang akan didapati daripada analisa pengklasifikasian jenis harta menurut fiqah muamalat tersebut kepada kategori masing-masing dan kerasionalan membandingkan penjenisan-penjenisan harta berkenaan dalam memberikan gambaran keseluruhan mengenai konsep harta dalam fiqah muamalat dan pengaplikasiannya terhadap pengurusan harta umat Islam. |
---|