Akses kepada perkhidmatan online: Pengalaman Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia

Perkhidmatan Perpustakaan secara elektronik menjadi semakin penting selaras dengan keperluan pengguna yang berbagai. Hak dan keperluan pengguna untuk memperolehi perkhidmatan yang samarata tidak boleh dipandang ringan. Batasan geografi dan masa tidak lagi menjadi masalah komunikasi yang tiada penye...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustaffa, Salleh Hudin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2229/1/sallehuddin-pwork.pdf
http://repo.uum.edu.my/2229/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perkhidmatan Perpustakaan secara elektronik menjadi semakin penting selaras dengan keperluan pengguna yang berbagai. Hak dan keperluan pengguna untuk memperolehi perkhidmatan yang samarata tidak boleh dipandang ringan. Batasan geografi dan masa tidak lagi menjadi masalah komunikasi yang tiada penyelesaian. Penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan rangkaian komunikasi mengurangkan jurang ‘tawaran perkhidmatan’ di antara pengguna kampus induk dengan pengguna jarak jauh. Alternatif penyelesaian yang lebih mudah kepada pengguna dan juga kepada perpustakaan boleh disediakan setelah mengambilkira keperluan pembekal maklumat elektronik. Pelbagai kaedah telah digunakan oleh perpustakaan untuk memberikan perkhidmatan maklumat elektronik kepada pengguna dalam kampus dan juga kepada pengguna luar kampus. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan di antaranya ialah menggunakan perkhidmatan ‘dial-up’, kaedah akses terus, dan menggunakan perkhidmatan proxy. Kertas kerja ini akan menerangkan pengalaman Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia memberikan perkhidmatan sumber maklumat elektronik kepada pengguna di kampus induk, di Sintok Kedah dan juga kepada pengguna di luar kampus sama ada di dalam negara Malaysia ataupun di luar negara. Pengalaman ini diharapkan untuk dikongsi bersama di kalangan peserta seminar dan penambahbaikan perkhidmatan boleh dilaksanakan untuk kepentingan semua pengguna perpustakaan. Ianya bukanlah penyelesaian terbaik bagi menyediakan perkhidmatan maklumat elektronik pada masa kini, tetapi ianya relaven dan lebih ekonomik untuk digunakan di Universiti Utara Malaysia pada masa ini. Apa yang penting ialah, pengguna berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.