Kontraktor pembinaan: kaedah pendaftaran dan masalahnya

Kontraktor merupakan satu syarikat yang bertanggungjawab untuk menjalankan sesuatu projek berdasarkan isi kontrak yang telah dimenangi dari pemilik projek sama ada berbentuk projek pembinaan atau pembekalan barangan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.Kontraktor haruslah didaftarkan dibawah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Muhammad Faris, Abdullah, Che Sobry
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/22590/1/STML%E2%80%93Go%20Green%20%202016%20128%20137.pdf
http://repo.uum.edu.my/22590/
http://stmlportal.net/stmlgogreen2016/pdf/p128.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kontraktor merupakan satu syarikat yang bertanggungjawab untuk menjalankan sesuatu projek berdasarkan isi kontrak yang telah dimenangi dari pemilik projek sama ada berbentuk projek pembinaan atau pembekalan barangan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.Kontraktor haruslah didaftarkan dibawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum dibenarkan untuk mengendalikan sesuatu projek.Kontraktor juga perlu untuk berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi tujuan mendapatkan sijil taraf bumiputera. Namun, masih ramai yang tidak tahu cara untuk mendaftar sebagai seorang kontraktor serta pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kontraktor pembinaan.Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti prosedur-prosedur yang perlu dilalui sebelum menjadi seorang kontraktor bagi sesuatu projek pembinaan.Kajian ini diperolehi secara kualitatif iaitu dengan menemubual kontraktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat secara menyeluruh mengenai kontraktor pembinaan.Kajian mendapati kontraktor menghadapi beberapa cabaran seperti dikenakan peraturan kontrak yang ketat, risiko yang sangat tinggi, persaingan yang sangat sengit dan kekurangan tenaga kerja.Kawasan bagi kajian ini meliputi Daerah Kota Bharu, Kelantan.Di Malaysia, kebanyakan golongan yang ingin menceburkan diri dalam industri pembinaan tidak mengetahui prosedur-prosedur penting yang perlu dilalui sebelum menjadi kontraktor binaan.Oleh itu, kajian ini membantu memudahkan pihak yang berminat untuk terlibat dalam industri pembinaan.