Sumbangan institusi wakaf dalam perkembangan ilmu sosial dan sains
Institusi pendidikan, hospital, rumah-rumah geladangan (imaret), kebajikan dan tumpangan (khan), tempat-tempat mandian (hamam), pusat-pusat perniagaan (bazaar) dan kawasan Rehat dan Rawat (Caravanseraei) berteraskan wakaf telah dibina sejak di awal pemerintahan kerajaan Islam lagi. Malah, selama le...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/22736/1/SISPK%202016%201%2013.pdf http://repo.uum.edu.my/22736/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Institusi pendidikan, hospital, rumah-rumah geladangan (imaret), kebajikan dan tumpangan
(khan), tempat-tempat mandian (hamam), pusat-pusat perniagaan (bazaar) dan kawasan Rehat dan Rawat (Caravanseraei) berteraskan wakaf telah dibina sejak di awal pemerintahan kerajaan Islam lagi. Malah, selama lebih seribu empat ratus ribu tahun sejak pewujudannya, institusi wakaf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagai sumber pembiayaan terhadap kewujudan serta pembangunannya.Ironiknya, masyarakat hari ini sering mengaitkan wakaf sebagai institusi seperti masjid, surau dan tanah-tanah terbiar. Malah, wakaf turut dikaitkan dengan institusi yang bermasalah, tidak ekonomik dan tidak berpotensi untuk dimanfaatkan.Berlatar belakangkan senario tersebut, kertas kerja ini ditulis dengan matlamat
untuk mencapai dua tujuan.Pertama, mengenal pasti peranan dan sumbangan institusi wakaf daripada aspek sejarah.Kedua, membuktikan kehebatan peranan serta sumbangan institusi wakaf masa silam.Kajian ini berbentuk kajian penerokaan.Data yang digunakan pula diperolehi daripada kajian perpustakaan yang dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan tekstual.Dapatan kajian membuktikan bahawa institusi wakaf yang bertunjangkan al-Quran, al-Hadith dan ijmak ulama merupakan mekanisme yang masih relevan serta berupaya untuk menjadi katalis sebagai sumber pembiayaan penting bagi pembangunan ummah pada hari ini. |
---|