Prinsip undang-undang di bawah Akta Syarikat 2016

Akta Syarikat 2016 diperkenalkan hasil cadangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jawatankuasa Semakan Semula Undang-undang Korporat untuk mewujudkan satu akta yang bersifat maju ke hadapan dan membantu komuniti perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana untuk lebih berdaya saing tanpa berk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Anuar, Haslinda, Md. Salleh, Khuzaimah, Hashim, Marina, Mohamed, Mazita, Bidin, Muhammad Firdaus, Mahdzir, Nazli, Ahmad, Noor 'Aza, Abdul Samat, Nor Hayati, Yaacob, Nurli, Abdul Rahman, Rohana, Azmi, Ruzita, Mohamed Yusoff, Zuryati
Format: Book
Published: UUM Press 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/22964/
http://www.uumpress.com.my/index.php?page=shop.product_details&category_id=87&flypage=eko_fly4.tpl&product_id=529&option=com_virtuemart&Itemid=193
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Description
Summary:Akta Syarikat 2016 diperkenalkan hasil cadangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jawatankuasa Semakan Semula Undang-undang Korporat untuk mewujudkan satu akta yang bersifat maju ke hadapan dan membantu komuniti perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana untuk lebih berdaya saing tanpa berkompromi dengan keperluan tadbir urus korporat yang teguh dan tulus.Oleh sebab Akta Syarikat 2016 baru diterima pakai, maka buku-buku rujukan tidak banyak di pasaran.Justeru, buku ini ditulis bagi membantu ahli akademik, para pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016.Buku ini bertujuan untuk memperkenalkan perubahanperubahan yang diketengahkan oleh Akta Syarikat 2016 dalam membincangkan beberapa aspek penting dalam undang-undang syarikat, pensyarikatan dan pengurusan perniagaan. Aspek-aspek penting yang dibincangkan ialah sejarah perundangan, undang-undang perkongsian dan juga klasifikasi syarikat. Tumpuan juga diberikan kepada aspek pemerbadanan syarikat, konsep modal syer, pinjaman, keahlian dan mesyuarat syarikat.Selain daripada itu perbincangan juga difokuskan kepada kuasa pengarah dan pegawai syarikat dan yang terakhir bagaimana proses sesuatu syarikat digulung.Perbincangan mengenai kedudukan Undang-undang syarikat di Malaysia dilakukan berdasarkan sumber undangundang yang utama Akta Syarikat 2016. Selain daripada itu Akta Kontrak 1950, Akta Perkongsian 1961, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan juga garis panduan terpakai bagi Akta Syarikat 2016 juga dirujuk.Buku ini akan menjadi satu teks yang tidak ternilai bagi rujukan ahli akademik, pelajar dan juga profesional untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Akta Syarikat 2016.