Korpus ke bilik darjah: Tatacara pengendalian teknik pengajaran dan pembelajaran tatabahasa berbantu komputer

Penguasaan tatabahasa yang baik dalam kemahiran berbahasa di peringkat sekolah akan membolehkan pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (1981) memberi penekanan yang berat dalam kurikulum sekolah (rendah dan menengah) supaya pada akhi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Isam, Hishamudin, Abd Mutalib, Mashetoh, Ahmad, Faizah
Format: Article
Language:English
Published: UUM - UMSIDA 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/23137/1/ICECRS%2C%201%20%282016%29%20619-630.pdf
http://repo.uum.edu.my/23137/
http://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.533
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penguasaan tatabahasa yang baik dalam kemahiran berbahasa di peringkat sekolah akan membolehkan pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (1981) memberi penekanan yang berat dalam kurikulum sekolah (rendah dan menengah) supaya pada akhir persekolahan nanti, pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu sejajar dengan peringkat perkembangan umur, dan memupuk daya pengembangan berbahasa bagi kepentingan pendidikan tinggi dan pekerjaan.Penggunaan teknik yang tepat, menarik dan terkini (bersifat kontemporari) sangat-sangat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa sesuatu bahasa kerana melalui teknik yang tepat inilah, pelajar-pelajar khususnya dapat memanfaatkan tempoh masa yang terhad untuk memahami aspek-aspek penting dalam tatabahasa. Justeru, kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan tatacara pengendalian pengajaran dan pembelajaran tatabahasa berbantu komputer.Jika selama ini pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, khususnya berkenaan sistem tatabahasa sangat terikat kepada penerangan hukum (betul atau salah) dan rumus (peraturan) dengan berbantukan buku tatabahasa dan kamus, melalui teknik ini, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan perisian komputer berasaskan program daftar kata yang dapat membantu pelajar-pelajar memahami sistem tatabahasa dengan lebih komprehensif, efektif dan menyeronokkan.Kajian ini akan menumpu kepada penggunaan perisian program daftar kata yang boleh diperoleh secara percuma dalam enjin carian google iaitu perisian antconc. Perisian ini akan digunakan untuk menganalisis data bahasa berasaskan korpus yang juga diperoleh secara percuma dari Sistem Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka.Kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan guru dalam mengaplikasikan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (Computer-Based Instruction) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, seterusnya memberi kesan yang positif kepada perkembangan pembelajaran pelajar.