Komitmen organisasi terhadap pengurusan stesen kerja yang ergonomik: Satu tinjauan di organisasi multinasional di Malaysia
Walaupun setelah lebih separuh abad ergonomik diperkenalkan, aplikasi ergonomik masih di peringkat awal di kebanyakan negara yang sedang membangun. Di kebanyakan negara tahap aplikasi ergonomik dan kesedarannya masih rendah walaupun impak ergonomik amat besar terhadap peningkatan amalan kerja serta...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/2620/1/Pages_from_NHRM_proceedings_2008_160708_02.pdf http://repo.uum.edu.my/2620/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Walaupun setelah lebih separuh abad ergonomik diperkenalkan, aplikasi ergonomik masih di peringkat
awal di kebanyakan negara yang sedang membangun. Di kebanyakan negara tahap aplikasi ergonomik dan kesedarannya masih rendah walaupun impak ergonomik amat besar terhadap peningkatan amalan kerja serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau komitmen
organisasi multinasional di Malaysia terhadap amalan stesenkerja ergonomik. Sebanyak sebelas buah organisasi multinasional terlibat dalam penyelidikan ini. Soal selidik dilengkapkan oleh pegawai/pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan organisasi berkenaan. Secara keseluruhannya komitmen organisasi multinasional di Malaysia terhadap aplikasi ergonomik amatlah tinggi. Kesedaran mereka terhadap aplikasi ergonomik telah membawa kepada penanggapan yang baik terhadap aspek keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Kesemua faktor stesenkerja ergonomik ditanggap sebagai memuaskan dengan min 1.92 hingga 3.07. Faktor yang terbaik adalah faktor pengudaraan. Ini diikuti dengan faktor peralatan, pencahayaan, akustik, rekabentuk ruang kerja, kedudukan tubuh badan, kerusi dan tempoh masa bekerja.Walaupun aplikasi ergonomik di Malaysia masih di peringkat awal, pelaksanaannya perlu dimulakan dari
sekarang dalam memastikan organisasi dapat mempertahankan kelebihan daya saing dan terus menguasai bahagian pasaran yang semakin mengecil. |
---|