Kutipan zakat menerusi konsep wakalah: satu sorotan awal

Zakat merupakan satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap muslim. Ia berpotensi untuk menurunkan jurang kemiskinan disamping meningkatkan kedudukan ekonomi umat Islam setempat. Namun objektif ini tidak akan tercapai sekiranya kutipan zakat tidak memuaskan. Pelbagai kaedah telah diambil oleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Raja Azam, Raja Muhd ‘Azman, Hj Long, Muhamad Noor Habibi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/26674/1/ZAWED%202019%20469%20479.pdf
http://repo.uum.edu.my/26674/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Zakat merupakan satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap muslim. Ia berpotensi untuk menurunkan jurang kemiskinan disamping meningkatkan kedudukan ekonomi umat Islam setempat. Namun objektif ini tidak akan tercapai sekiranya kutipan zakat tidak memuaskan. Pelbagai kaedah telah diambil oleh institusi zakat bagi memastikan jumlah kutipan zakat meningkat. Antara kaedah yang giat dilaksanakan oleh sesetengah institusi zakat adalah sistem wakalah yang mana wakil dilantik untuk membantu institusi khususnya dalam kutipan zakat. Walau bagaimanapun kajian ini hanya memberi fokus kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Badan Amil Zakat Nasional Indonesia yang telah melaksanakan wakalah dalam kutipan zakat mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk membandingkan sejauh mana keberkesanan perlaksanaan sistem wakalah dalam kutipan antara kedua institusi tersebut. Kajian ini juga menunjukkan bahawa perlaksanaan sistem wakalah memberi impak yang positif sekaligus berjaya meningkatkan jumlah kutipan zakat. Implikasi penting kajian ini ialah perlaksanaan sistem wakalah ini wajar diaplikasikan secara meluas oleh semua institusi zakat bagi memastikan jumlah kutipan zakat mampu menampung dan mengurangkan jurang kemiskinan setempat.