Dakwah kreatif era baharu: penerapan nilai Islam melalui kompilasi komik Ana Muslim

Kualiti sesebuah bahan bacaan perlu dalam mempengaruhi pembentukan minda generasi muda. Komik adalah antara media kegemaran remaja. Komik mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan terkandung banyak nilai-nilai yang positif. Komik mampu berfungsi membentuk keperibadian dan keintelektualan menerusi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ghazali, Norzaliza, Mahmor, Noor Aida
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/26733/1/SMTC%202019%20154%20162.pdf
http://repo.uum.edu.my/26733/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kualiti sesebuah bahan bacaan perlu dalam mempengaruhi pembentukan minda generasi muda. Komik adalah antara media kegemaran remaja. Komik mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan terkandung banyak nilai-nilai yang positif. Komik mampu berfungsi membentuk keperibadian dan keintelektualan menerusi dialog-dialog dan cerita yang dipaparkan. Setiap lakaran kartun bersama informasi yang disampaikan secara tidak langsung dapat mengajak semua lapisan pembaca terutamanya generasi muda menghayati ilmu dakwah dan membentuk keperibadian Islam yang sebenar. Justeru, makalah ini ditulis dengan tujuan mengenal pasti metod dakwah yang digunakan dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam kompilasi komik Islamik Ana Muslim. Kajian dilakukan dengan membuat analisis kandungan ke atas komik tersebut. Kajian memfokuskan pada bentuk bahasa, nilai gaya dan amalan hidup yang terdapat dalam komik. Analisis juga bertumpu pada dialog yang digunakan, bahasa dan pemilihan kata, watak, lakaran imej yang dipaparkan. Kajian ini mendapati terdapat banyak nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam komik tersebut melalui pendekatan dakwah secara berhikmah, dengan menggunakan nasihat yang baik dan melalui perbahasan yang sopan.