Mitigasi bencana banjir di Malaysia: Inisiatif mitigasi dalam kalangan golongan miskin

Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia terus membangun dengan pesat dengan melaksanakan pelbagai program utama dalam sektor pertanian, infrastruktur, industri dan komersial. Dalam menghadapi masalah banjir yang terjadi sama ada secara semulajadi atau akibat pembangunan yang tidak terancang,maka progra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anuar, Abdul Rahim, Mohd Jali, Mohd Razani, Ahmad, Siti Aznor
Format: Book Section
Language:English
Published: Universitas Islam Riau Indonesia 2010
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2679/1/ABDUL_RAHIM_ANUAR_2.pdf
http://repo.uum.edu.my/2679/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia terus membangun dengan pesat dengan melaksanakan pelbagai program utama dalam sektor pertanian, infrastruktur, industri dan komersial. Dalam menghadapi masalah banjir yang terjadi sama ada secara semulajadi atau akibat pembangunan yang tidak terancang,maka program tebatan banjir telah dirancang dan dilaksanakan dengan lebih pantas. Bagi mempercepatkan pencapaian sasaran untuk mengurangkan kawasan yang berekonomi yang sering dilanda banjir kepada 50% di seluruh negara, dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan pihak Kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk Program Tebatan Banjir sebanyak RM4 billion. Ini bererti, keseluruhan peruntukan Rancangan Malaysia Pertama hingga Rancangan Malaysia ke Kesembilan adalah kira RM8 bilion. Di samping peranan kerajaan, bencana banjir juga memberi impak yang negatif kepada individu yang lokasi atau kawasannya adalah berisiko banjir. Untuk mengelakkan kejadian yang mengakibatkan kerugian yang besar kepada aset individu, mereka wajar melakukan mitigasi banjir. Berdasarkan kajian kes banjir di Kedah, mangsa banjir di kawasan kajian sebahagian besarnya adalah terdiri daripada golongan miskin. Selain menanggung kos kerugian yang besar terhadap aset mereka yang rosak dan musnah, mereka juga perlu menanggung kos mitigasi banjir secara persendirian. Dapatan kajian mendapati pelan mitigasi yang dilakukan oleh mereka adalah berskala kecil dan mengikut kemampuan mereka sendiri. Oleh itu pelan pengurangan risiko banjir tidak bertahan lama dan mudah musnah apabila berlaku kejadian banjir yang berulang. Dari segi implikasi dasar, peruntukan rancangan tebatan banjir negara tidak sampai kepada golongan sasaran. Oleh itu, pelan pengurusan banjir pada peringkat mikro perlu dibentuk untuk membantu golongan miskin membentuk pelan mitigasi banjir yang mampu bertahan dengan kejadian banjir yang berulang. Dalam pada itu, dapat mengurangkan kos tebatan banjir di peringkat negara pada jangka panjang.