Hubung jalin Malaysia dan Indonesia dalam memperkasa kesusasteraan nusantara

Dalam konteks sejarah, Malaysia dan Indonesia telah menjalin hubungan yang utuh sejak berabad lamanya. Ruang lingkup hubungan yang terjalin itu berlaku lantaran mempunyai persamaan daripada sudut warisan sejarah, bahasa, agama dan kebudayaan. Justeru, dalam perkembangan kesusasteraan tanahair masing...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin, Kamariah
Format: Book Section
Language:English
Published: Universitas Islam Riau Indonesia 2010
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2706/1/KAMARIAH.pdf
http://repo.uum.edu.my/2706/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Dalam konteks sejarah, Malaysia dan Indonesia telah menjalin hubungan yang utuh sejak berabad lamanya. Ruang lingkup hubungan yang terjalin itu berlaku lantaran mempunyai persamaan daripada sudut warisan sejarah, bahasa, agama dan kebudayaan. Justeru, dalam perkembangan kesusasteraan tanahair masing-masing, didapati kedua-duanya turut menjalinkan hubungan yang akrab dalam memartabatkan pengkaryaan nusantara. Didapati bagi membangunkan perkembangan kesusasteraan negara bangsa, Malaysia- Indonesia mempunyai gagasan yang seiring dalam konsep nasionalisme. Hal ini demikian kerana rata-rata pengarang kedua-dua negara memiliki semangat dan patriotisme khususnya dalam menghasilkan karya yang berunsur nasionalisme sebagai lambang perjuangan kesusasteraan nusantara. Fenomena ini bersangkut paut dengan kecenderungan pengarang kedua negara masing-masing berganding bahu berkarya bagi merakam penyataan sosial yang menjadi medium penting untuk saranan pembangunan dan perubahan masyarakat serantau. Sehubungan itu, makalah ini merungkai hubung jalin antara Malaysia dan Indonesia dalam memperkasa kesusasteraan nusantara dalam konteks warisan sejarah, sosial, agama dan budaya bagi melestari keutuhan pengkarya dan pengkaryaan. Didapati kewujudan MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Indonesia Malaysia), dan MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) adalah antara usaha yang dilakukan Malaysia-Indonesia dalam memperkasa kesusasteraan nusantara.