Impak bencana banjir terhadap industri: Kes kajian di Kedah
Bencana banjir yang melanda boleh mengakibatkan impak yang besar terhadap komuniti, hartabenda serta impak yang signifikan terhadap industri. Justeru, kajian impak terhadap industri wajar dilaksanakan untuk mengenalpasti apakah impak yang ditanggung oleh pihak industri bilamana banjir melanda. Bagi...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Universitas Islam Riau Indonesia
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/2744/1/ROHANA.pdf http://repo.uum.edu.my/2744/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Bencana banjir yang melanda boleh mengakibatkan impak yang besar terhadap komuniti, hartabenda serta impak yang signifikan terhadap industri. Justeru, kajian impak terhadap industri wajar dilaksanakan untuk mengenalpasti apakah impak yang ditanggung oleh pihak industri bilamana banjir melanda. Bagi maksud kertas kerja ini, metodologi kajian terhadap industri dibincangkan. Kajian ini berasaskan survei yang telah dijalankan terhadap 10 industri di daerah Kubang Pasu Kedah. Kawasan kajian merupakan kawasan perusahaan yang terlibat secara langsung ketika banjir berlaku. Selain itu, kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam iaitu kawasan perindustrian KEDA Napoh dan kedai-kedai sekitar Changlun juga turut dijadikan kawasan kajian. Selain survei, pendekatan temubual secara bersemuka bersama pegawai di peringkat pengurusan dan pentadbiran turut dijalankan bagi mengukuhkan dapatan kajian terhadap impak yang ditanggung oleh pihak industri akibat banjir. Selain itu, pendekatan kajian turut membantu pasukan penyelidik untuk mendapatkan cadangan-cadangan yang bersesuai dari perspektif pihak iindustri bagi tujuan mengurangkan impak banjir terhadap industri. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang telah menjejaskan operasi pengeluaran industri seperti pekerja tidak dapat datang bekerja, penghantaran produk terjejas, kilang dimasuki air, bekalan elektrik dan air terputus, dan penerimaan barang mentah terputus. Pemilik industri juga terpaksa menanggung segala kerugian yang dialami disebabkan tidak dapat beroperasi selama beberapa hari dan menanggung segala kos kerosakan dan pembaikan yang terlibat semasa bencana banjir. Manakala dari aspek punca berlakunya banjir bagi kawasan perindustrian adalah disebabkan oleh sistem pengaliran yang tidak terurus. |
---|