Risiko dan cabaran penduduk dalam dataran banjir di Lembangan Saliran Kelantan
Kawasan dataran banjir di Lembangan Saliran Kelantan adalah merangkumi beberapa jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Kesemua jajahan ini dialiri oleh beberapa sungai utama termasuklah Sungai Kelantan, Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Universitas Islam Riau Indonesia
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/2767/1/TUAN_PAH_ROKIAH_1.pdf http://repo.uum.edu.my/2767/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kawasan dataran banjir di Lembangan Saliran Kelantan adalah merangkumi beberapa jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Kesemua jajahan ini dialiri oleh beberapa
sungai utama termasuklah Sungai Kelantan, Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Pergau. Anggaran jumlah penduduk yang menghuni kawasan ini dan sering terlibat dengan bencana banjir adalah seramai 553,099
orang iaitu lebih kurang satu pertiga daripada jumlah penduduk negeri Kelantan(1.3 juta orang). Risiko dan cabaran yang seringkali dihadapi oleh penduduk kawasan ini ialah kejadian bencana banjir yang berlaku setiap tahun dengan kekerapan dan intensiti semakin meningkat. Justeru, bagi meneliti tren kejadian banjir di kawasan tersebut, satu analisis perilaku luahan dengan merujuk kepada “rating table” dijalankan yang berpandukan kepada tiga aras penting iaitu aras berjaga-jaga, aras amaran dan aras bahaya. Selain itu, kejadian banjir juga pastinya menyebabkan pelbagai kemusnahan dan kerosakan harta benda sama ada tempat tinggal, binatang ternakan, hasil pertanian dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini juga meneliti anggaran nilai kemusnahan harta benda, jumlah pemindahan mangsa banjir dan kehilangan nyawa berdasarkan laporan tahunan
kejadian banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan. Manakala antara cabaran yang perlu dilalui oleh penduduk di kawasan ini adalah, walaupun dikatakan keadaan sosio-ekonomi mereka telah mengalami
peningkatan setiap tahun. Namun, kejadian bencana banjir telah menyebabkan pelbagai kemusnahan dan memberikan kesan negatif kepada corak kehidupan mereka. Oleh itu, kerjasama dan penglibatan semua pihak termasuklah masyarakat, pihak kerajaan, NGO’s dan swasta adalah penting bagi mewujudkan
pengurusan bersepadu lembangan saliran demi kesejahteraan penduduk di Lembangan Saliran Kelantan. |
---|