Pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri (MPK) respirasi biologi tingkatan empat KBSM merentas tempoh mengajar
Penggunaan bahan pengajaran yang bermutu tinggi adalah perlu bagi menjamin tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu tajuk pelajaran dan sekali gus meningkatkan keberkesanan proses P&P tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian tiga MPK Respirasi (M...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/2816/1/MariestellaAmbrose_and_ShaharomNoordin.pdf http://repo.uum.edu.my/2816/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penggunaan bahan pengajaran yang bermutu tinggi adalah perlu bagi menjamin tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu tajuk pelajaran dan sekali gus meningkatkan keberkesanan proses P&P tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian tiga MPK Respirasi (MPK 1: Proses respirasi, MPK 2: Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan, MPK 3: Proses pertukaran dan pengangkutan gas pada permukaan respirasi) merentas tempoh mengajar berdasarkan Model Teras-Cabang Shaharom (1994) dan berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat, 2001. Penilaian Formatif iaitu PFSS dan PFKK telah dijalankan merentas pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar bagi mengkaji status kesesuaian MPK Respirasi yang dibina. Seramai empat orang guru Biologi terlibat dalam PFSS dan lapan orang guru Biologi terlibat dalam PFKK. Satu set Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) yang dibina oleh Shaharom (1994) telah digunakan sebagai alat kajian dalam penyelidikan ini. Data yang dikumpulkan dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian daripada PFSS dan PFKK terhadap kesesuaian MPK Respirasi merentas tempoh mengajar menunjukkan bahawa terdapat perbezaan status kesesuaian dalam PFSS iaitu 99.00-status amat sesuai (≥ 10 tahun) dan 95.83-status sesuai (< 10 tahun) manakala tiada perbezaan status kesesuaian dalam PFKK iaitu 109.25 (≥ 10 tahun) dan 97.00 (< 10 tahun) masing-masing status amat sesuai. Secara keseluruhannya, MPK Respirasi yang telah dibina diharapkan bermanfaat kepada pihak pelajar, guru, institusi pendidikan dan juga penggubal kurikulum. |
---|