Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi
Sektor pendidikan memang mempunyai kaitan langsung dengan pembangunan ekonomi sesebuah negara khususnya dalam membangunkan modal manusia yang akan menjadi aset utama pembangunan. Modal manusia sering dirujuk sebagai sumber produktiviti dan pertumbuhan output sesebuah negara dan dengan itu permintaan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/2901/1/paper5abdjabbar.pdf http://repo.uum.edu.my/2901/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Sektor pendidikan memang mempunyai kaitan langsung dengan pembangunan ekonomi sesebuah negara khususnya dalam membangunkan modal manusia yang akan menjadi aset utama pembangunan. Modal manusia sering dirujuk sebagai sumber produktiviti dan pertumbuhan output sesebuah negara dan dengan itu permintaan terhadap pendidikan tinggi berkembang pesat dan mengalami perubahan mendadak. Secara tradisinya, malah dalam Islam dan pemikiran Konfusianism pun, pendidikan tinggi adalah tugas kerajaan sebagai memenuhi tanggungjawab pengembangan ilmu dan pemangkin ekonomi negara dengan penyediaan tenaga kerja mahir. Bagaimanapun, keperluan mendesak terhadap pendidikan tinggi menyebabkan kerajaan tidak mampu memenuhi permintaan tersebut atas berbagai alasan seperti kos yang tinggi dan kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan.
Sementara itu, sektor pendidikan telah dimasukkan sebagai salah satu sektor perkhidmatan dalam General Agreement on Trade and Services (GATS) dalam Wold Trade Organisation (WTO). Ia memberi implikasi bahawa sektor pendidikan terdedah kepada persaingan yang sengit sehingga melangkaui sempadan negara. Perkembangan-perkembangan tersebut sekaligus mengubah tradisi pendidikan tinggi apabila kerajaan bukan lagi penyedia tunggal perkhidmatan tersebut, malahan terpaksa bersaing atau menyerahkan kepada sektor swasta dalam dan luar negara. Akhirnya pendidikan telah menjadi barang dagangan yang menguntungkan.
Tanpa menafikan kepentingan pendidikan terutamanya dari sudut ekonomi, kertas kerja ini ingin mengingatkan bahawa sekiranya perubahan-perubahan dalam sektor tersebut tidak ditangani dengan teliti, pemesongan akan berlaku. Halatuju universiti khususnya dalam mempertahankan integriti sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan medan mencari kebenaran mungkin bertukar. Laporan UNESCO (2003) yang bertajuk Higher Education in Globalized Society mencadangkan agar diwujudkan satu garis panduan kepada IPT dalam menangani perubahan-perubahan ini. Sebagai respon kepada laporan tesebut, kertas kerja ini menegaskan kepentingan peranan nilai dan etika untuk memastikan universiti berada pada landasan yang betul. Tujuan ini akan terhasil dengan mengimbas kembali tradisi keilmuan Islam yang pada suatu ketika dulu pernah mencapai kemuncak dalam ketamadunan dunia. |
---|