Pembentukan identiti kendiri pelajar universiti: Perbandingan pelajar tahun pertama dengan pelajar tahun akhir

Institusi pendidikan tinggi kini berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga dapat menjadi penyumbang kepada pasaran pekerjaan apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Pembentukan identiti kendiri yang proaktif sangat penting dan per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Zamimah, Kasim, Marini, Mohamad Zain, Farah, Ismail, Nur Hafizah, Mohd Faudzi, Farah Nadia
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29061/1/JPS%2024%202021%2001-26.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29061/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Institusi pendidikan tinggi kini berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga dapat menjadi penyumbang kepada pasaran pekerjaan apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Pembentukan identiti kendiri yang proaktif sangat penting dan perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh pihak universiti bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan dapat memenuhi permintaan dalam pasaran global. Kajian ini bertujuan membuat perbandingan pembentukan identiti kendiri dalam kalangan pelajar tahun pertama dan tahun empat di universiti dengan bersandarkan kepada Teori Pembangunan Diri Chikerings (1969). Pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai sembilan orang pelajar Universiti Utara Malaysia yang terdiri daripada lima orang pelajar tahun pertama dan empat orang pelajar tahun akhir telah ditemu bual. Data diproses menggunakan perisian NVivo 10.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Teori Pembangunan Diri Chikering adalah sesuai untuk digunakan bagi mengenal pasti pembentukan identiti kendiri pelajar tahun pertama dan tahun akhir. Oleh itu, teori ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam merangka aktiviti kurikulum dan kokurikulum pelajar dengan mengambil kira elemen pembangunan identiti diri pelajar. Hasil kajian juga mendapati bahawa Teori Pembangunan Diri Chikering sesuai diaplikasikan untuk melihat pembentukan identiti kendiri pelajar. Dalam pengkelasan pembentukan identiti kendiri pelajar berdasarkan Teori Pembangunan Diri Chikering, tujuh vektor tersebut boleh dibahagikan kepada dua tahap yang utama, iaitu tahap pertama pembentukan identiti kendiri pelajar terdiri daripada vektor 1 hingga vektor 4, manakala tahap kedua pembentukan identiti kendiri pelajar bermula dari vektor 5 sehingga vektor 7. Kajian ini diharap dapat membantu universiti untuk menjalankan aktiviti pembangunan pelajar dengan memfokuskan kepada pembentukan identiti kendiri pelajar berdasarkan kepada dua tahap pembentukan identiti kendiri yang telah dikenal pasti.