Kajian Pengurusan Saudara Muslim (Muallaf): Satu Analisis Terhadap Keberkesanan Program Bimbingan dan Kebajikan
Islam adalah agama sejagat yang terbuka kepada semua dan sesiapa sahaja dialu-alukan memeluknya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab Muslim untuk membimbing dan mendidik muallaf bagi memastikan mereka mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan terus kekal dalam Islam. Di Malaysia, tanggungjawab ini secar...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29642/1/13061.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29642/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Islam adalah agama sejagat yang terbuka kepada semua dan sesiapa sahaja dialu-alukan memeluknya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab Muslim untuk membimbing dan mendidik muallaf bagi memastikan mereka mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan terus kekal dalam Islam. Di Malaysia, tanggungjawab ini secara rasmi dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam Negeri dan dibantu oleh Organisasi dakwah bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Kebajikan Saudara Muslim (PERKIM), Angkatan Belia Islam (ABIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Darul Fitrah. Oleh itu kertas kerja ini bertujuan untuk memberi gambaran menyeluruh tentang pelaksanaan program bimbingan muallaf di Negeri Kedah Darul Aman dan keberkesanan program yang dilaksanakan. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan teknik pengumpulan data menggunakan temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan tinjauan. Data kualitatif dianalisis secara diskriptif dan kuantitatif. Hasil analisis kualitatif mendapati institusi dan organisasi dakwah kerajaan dan bukan kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan program bimbingan kepada muallaf. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu berkaitan pelaksanaan program bimbingan berkaitan dengan kurangnya jalinan kerjasama antara organisasi, cabaran pengurusan organisasi yang kurang sistematik, kekurangan dana dan sumber manusia yang terlatih. Hasil analisis kuantitatif mendapati terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kefahaman dan pengamalan agama dalam kalangan responden. Semakin tinggi kefahaman agama responden akan turut mempengaruhi ketinggian pengamalan agamanya. Hasil kajian ini selari dengan ajaran Islam yang menekankan tentang keperluan menuntut ilmu dan mengamalkan agama yang telah diketahui dan difahami. Oleh itu, kajian ini mencadangkan kerjasama dari organisasi kerajaan dan bukan kerajaan serta program bimbingan yang selaras dan modul yang standard bagi meningkatkan kefahaman serta pengamalan ajaran agama dalam kalangan muallaf di Negeri Kedah. |
---|