Retorik Dalam Pengucapan Strategi Lautan Biru
Strategi Lautan Biru yang diperkenalkan oleh Kim dan Mauborgne (2005) menekankan peri pentingnya organisasi mencari potensi dan ruang baharu yang belum lagi diterokai oleh organisasi lain untuk memastikan organisasi tersebut berkembang maju selain bebas daripada persaingan yang sengit. Strategi ini...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Tun Dr. Mahathir Mohamad Thoughts Institute (IPDM)
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29849/1/JLP%2002%2001%202017%20109-129.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29849/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Strategi Lautan Biru yang diperkenalkan oleh Kim dan Mauborgne (2005) menekankan peri pentingnya organisasi mencari potensi dan ruang baharu yang belum lagi diterokai oleh organisasi lain untuk memastikan organisasi tersebut berkembang maju selain bebas daripada persaingan yang sengit. Strategi ini turut diketengahkan oleh pemimpin di Malaysia, khusus Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai salah satu usaha untuk memacu negara ke pesada dunia. Memandangkan konsep Strategi Lautan Biru ini merupakan konsep yang agak baharu, rakyat di negara ini, khususnya penjawat awam perlu diberi pendedahan yang mendalam serta terperinci untuk membolehkan strategi ini dilaksanakan dengan berkesan. Pemimpin negara menggunakan ucapan awam yang sarat dengan retorik tertentu sebagai salah satu wadah untuk memperkenalkan Strategi Lautan Biru kepada rakyat. Makalah ini membincangkan strategi retorik wacana penulisan teks ucapan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan dua orang menteri kabinet terpilih dengan menggunakan pendekatan analisis wacana yang berlandaskan prinsip utama jenis retorik penulisan Warren dan Brooks (1979). Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak didapati menggunakan tiga jenis retorik, iaitu jenis persuasif, jenis eksposisi dan jenis deskriptif dalam teks ucapan Strategi Lautan Biru beliau. Manakala, dua orang menteri kabinet terpilih pula cenderung menggunakan retorik jenis eksposisi dan jenis persuasif. Analisis memperlihatkan bahawa retorik jenis argumentatif dan jenis naratif tidak digunakan dalam penulisan teks ucapan yang dikaji. Retorik jenis persuasif, eksposisi dan deskriptif sesuai digunakan dalam wacana penulisan teks ucapan yang menekankan kepada penyampaian mesej atau idea untuk membina pengertian dan semangat saling memperoleh kerjasama melalui bahasa. Penggunaan ketiga-tiga jenis retorik ini oleh ketiga-tiga pemimpin yang dikaji dalam teks ucapan Strategi Lautan Biru mereka bukan sahaja meningkatkan wibawa retorik ketiga-tiga perucap ini malahan turut membantu memberi kesedaran dan kefahaman kepada khalayak tentang kepentingan pelaksanaan strategi ini. |
---|