Puisi Sebagai Alat Revolusioner: Analisis Tekstual Puisi-Puisi Perjuangan Patani Dalam Internet
Patani ataupun kini dikenali dunia sebagai wilayah Selatan Thailand, secara asalnya ialah milik bangsa Melayu. Ia merupakan sebuah negeri berdaulat dan memiliki sejarah yang panjang, iaitu melebihi penubuhan negara Thailand itu sendiri. Namun, setelah berada di bawah penjajahan dan cengkaman Thai, n...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UUM Press
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29872/1/RENTAS%20JBSB%2001%2001%202022%2085-115.pdf https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.3 https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29872/ https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/14686 https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.3 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Patani ataupun kini dikenali dunia sebagai wilayah Selatan Thailand, secara asalnya ialah milik bangsa Melayu. Ia merupakan sebuah negeri berdaulat dan memiliki sejarah yang panjang, iaitu melebihi penubuhan negara Thailand itu sendiri. Namun, setelah berada di bawah penjajahan dan cengkaman Thai, negeri Patani telah runtuh, hilang dari peta dunia. Penjajahan ini membuatkan Melayu Patani semakin hari semakin hilang rupa bangsa dan juga jati diri serta ditindas daripada pelbagai aspek. Oleh sebab tidak rela untuk terus berada di bawah penjajahan Thai, rakyat Patani sentiasa bangkit berjuang hingga ke hari ini dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan memuat naik pelbagai puisi perjuangan dalam internet dengan tujuan menyemarakkan semangat nasionalisme demi mengekalkan identiti nasional Melayu Patani dalam kalangan warganya agar mereka tidak pernah berputus asa bagi mencapai kemerdekaan. Puisi-puisi ini ditulis dalam bahasa Melayu dan disebar luaskan melalui laman blog dan media sosial. Bertitik tolak daripada itu, kajian ini akan menganalisis puisi-puisi perjuangan tersebut sebagai usaha untuk mengangkat kedaulatan bangsa Melayu Patani dengan lebih lanjut. Kajian ini akan dilakukan dengan kaedah analisis tekstual terhadap puisi-puisi yang ditemui dalam internet. Seterusnya, teori nasionalisme yang terkait dengan aksi dan agenda revolusioner juga akan digunakan bagi memastikan analisis tekstual yang dilakukan lebih bersifat objektif. Kaedah kepustakaan turutlah diaplikasikan dalam kajian ini bagi mendapatkan data-data berkaitan konflik yang berlaku di Patani. Kajian ini penting bagi memahami situasi sebenar yang berlaku di Patani dan juga memperlihatkan puisi dalam internet sebagai ejen penyebaran semangat nasionalisme sekali gus membuktikan bahawa puisi melalui kritikan mampu menggerakkan sebuah revolusi bangsa. |
---|