Cerminan Kuasa Melalui Peribahasa Melayu Yang Berobjekkan ‘Gajah’ Dan ‘Harimau’: Analisis Semantik Inkuisitif
Peribahasa berobjekkan haiwan digunakan sebagai simbol bagi menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat haiwan menyebabkan mereka menggunakan h...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UUM Press
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29902/1/RENTAS%20JBSB%2002%2001%202023%20241-266.pdf https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.11 https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29902/ https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/19305 https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.11 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Peribahasa berobjekkan haiwan digunakan sebagai simbol bagi menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat haiwan menyebabkan mereka menggunakan haiwan sebagai simbol untuk berkias dan memberikan teguran. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peribahasa yang menonjolkan konsep kuasa melalui objek ‘gajah’ dan ‘harimau’ Merungkai perkaitan antara objek dan aspek pemaknaan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ melalui pendekatan semantik inkuisitif. Data peribahasa Melayu telah dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Daripada sejumlah 275 peribahasa yang berobjekkan haiwan, lapan peribahasa yang berobjekkan ‘gajah’ dan ‘harimau’ telah dikenal pasti mengandungi kuasa sebagai aspek pemaknaannya. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan pendekatan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara ciri-ciri fizikal yang dipunyai oleh haiwan tersebut dengan konsep kekuasaan yang terdapat dalam elemen pemaknaannya. Kekuatan gajah yang terletak kepada ‘saiznya’, manakala kekuatan harimau pula terletak kepada ‘ ‘belangnya’. Kekuatan bagi kedua-dua haiwan ini, telah menyebabkan masyarakat Melayu menganalogikannya sebagai cerminan kekuasaan dalam peribahasa. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya yang terdapat dalam semantik inkuisitif menjadi medan dalam dapat menghasilkan huraian makna yang merungkai perkaitan antara objek peribahasa yang digunakan dengan elemen pemaknaannya. |
---|