Pembangunan Model LZNK Mart Sebagai Pusat Sehenti Asnaf Zakat Negeri Kedah (S/O 14289)

Terdapat persepsi negatif di kalangan pembayar zakat terhadap institusi zakat terutamanya dalam proses pengagihan zakat di kalangan asnaf. Oleh itu, isu pengagihan zakat perlu diperhalusi dan diatasi dengan cermat bagi mengelakkan impak negatif di kalangan masyarakat terhadap imej institusi zakat. K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ku Bahador, Ku Maisurah, Mat Saat, Rafeah, Hassan, Syahida
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30174/1/14289.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30174/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Terdapat persepsi negatif di kalangan pembayar zakat terhadap institusi zakat terutamanya dalam proses pengagihan zakat di kalangan asnaf. Oleh itu, isu pengagihan zakat perlu diperhalusi dan diatasi dengan cermat bagi mengelakkan impak negatif di kalangan masyarakat terhadap imej institusi zakat. Kajian ini mengfokuskan kepada pembangunan Model Pusat Sehenti LZNK Mart. Model LZNK Mart dibangunkan untuk membantu proses agihan zakat menjadi lebih lancar dan juga memudahkan penduduk setempat atau asnaf memahami prosedur pengagihan zakat dengan lebih efektif. Data-data diperoleh daripada model mini market tersedia dan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Analisis pengkodan terbuka dilaksanakan untuk mengenalpasti corak dan tema dalam mendapatkan konsensus bersama mengenai definisi konsep dan untuk meningkatkan bilangan elemen atau fenomena yang ditemui. Kajian ini dijalankan melalui dua fasa analisis data. Fasa pertama ialah meneroka bantuan dan strategi menyalurkan bantuan asnaf zakat melalui model LZNK Mart dan memahami cabaran pembangunan dan pengoperasian LZNK Mart sebagai pusat sehenti asnaf zakat. Fasa kedua pula ialah menganalisis bantuan, strategi dan cabaran-cabaran yang telah dikenalpasti sebagai elemen-elemen yang digunakan dalam pembangunan Model Pusat Sehenti LZNK Mart. Hasil kajian melaporkan bahawa pusat sehenti LZNK bukan sahaja berperanan sebagai mini market tetapi juga merangkumi platform yang menyediakan kemudahan sokongan asnaf seperti permohonan bantuan zakat, maklumat berkaitan zakat, pusat pembangunan, khidmat nasihat kepada asnaf menceburi perniagaan, dan bantuan-bantuan sokongan lain seperti permohonan UPU, kemasukan ke sekolah dan sebagainya. LZNK Mart juga berperanan sebagai foodbank untuk bantuan barang keperluan asas terus kepada asnaf selain daripada sumbangan orang ramai boleh disalurkan melalui pusat sehenti ini. Asnaf juga digalakkan menjana pendapatan sendiri dengan membekalkan produk keluaran sendiri untuk dipasarkan. Dua pelan tindakan telah dikenalpasti untuk memastikan LZNK Mart berfungsi, antaranya ialah penggunaan elemen teknologi maklumat dalam mengurus dan mengenalpasti data asnaf dan memperkenalkan konsep Pusat Sehenti Bergerak melalui bas untuk menyelesaikan isu asnaf yang sukar mengakses premis LZNK Mart. Selain daripada implikasi kajian kepada golongan asnaf, komuniti muslim dan pihak LZNK, Model Pusat Sehenti LZNK Mart dapat dijadikan sebagai panduan dalam membangunkan kerangka pelan tindakan untuk melaksanakan perancangan strategik, menghasilkan kertas polisi atau saranan untuk agihan dan kutipan yang perlu diadaptasikan oleh institusi-institusi zakat di seluruh Malaysia