Pencapaian Malaysia dan Vietnam Selatan dalam menentang ancaman Komunis, 1948- 1975: Satu perbandingan

Sejarah politik Malaysia menunjukkan bahawa keamanan Malaysia pernah digugat oleh ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Tahun-tahun 1948-1960 merupakan tempoh yang paling serius dalam sejarah keselamatan dan keamanan di Malaysia. Tempoh ini dikenali sebagai zaman Darurat. PKM telah melancarkan gerakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Ghani, Rohani
Format: Article
Language:English
Published: School of History, Politics and Strategic Studies (PPSPS) UKM 1994
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3030/1/Rohani_Abdul_Ghani%2C_Prof._Madya_Dr.%281994%291.pdf
http://repo.uum.edu.my/3030/
http://www.ukm.my/jebat/v2/?cont=v&item=1
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sejarah politik Malaysia menunjukkan bahawa keamanan Malaysia pernah digugat oleh ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Tahun-tahun 1948-1960 merupakan tempoh yang paling serius dalam sejarah keselamatan dan keamanan di Malaysia. Tempoh ini dikenali sebagai zaman Darurat. PKM telah melancarkan gerakan bersenjata secara gerila dalam menentang kerajaan British dan kemudiannya kerajaan Malaysia bagi mendapatkan hak pemerintahan sendiri secara militan setelah usaha mereka secara berperlembagaan tidak berjaya. Namun demikian perjuangan PKM telah menemui kegagalan. Darurat kemudiannya telah diisytiharkan tamat pada tahun 1960. Dalam soal ini,beberapa analisa akan cuba dibuat tentang mengapakah pihak British telah berjaya mengalahkan PKM di Malaysia manakala Vietnam Selatan yang dibantu oleh Amerika Syarikat (AS) pula mengalami kekalahan dalam menentang komunis Vietcong di Vietnam Selatan. Dalam menilai persoalan ini, aspek-aspek politik dan kemasyarakatan,strategi dan faktor-faktor yang terdapat pada PKM di Malaysia dan Partai Komunis Indochina (PKI) di Vietnam Selatan perlu diambilkira. Faktor-faktor ini merupakan faktor yang telah menjadi penentu kepada kejayaan dan kegagalan kerajaan British di Malaysia dan kerajaan Vietnam Selatan dalam menentang komunis di negara masing-masing.