Penilaian Kehidupan Golongan Asnaf Fakir Dan Miskin Melalui Indeks Kesejahteraan Kehidupan (S/O 21148)

Golongan fakir dan miskin sering dikaitkan dengan kemiskinan dan sering terdedah kepada kemudahterancaman. Situasi ini memberi kesan kepada kesejahteraan kehidupan golongan ini.. Walaupun indeks kesejahteraan keluarga negara menunjukkan skor yang tinggi, namun indeks ini tidak memberi gambaran seben...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Ahmad Zubir, Abu Bakar, Md Zawawi, Abdullah Chik, Norlaila, Abd Razak, Muhd Firdaus
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30556/1/21148.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30556/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Golongan fakir dan miskin sering dikaitkan dengan kemiskinan dan sering terdedah kepada kemudahterancaman. Situasi ini memberi kesan kepada kesejahteraan kehidupan golongan ini.. Walaupun indeks kesejahteraan keluarga negara menunjukkan skor yang tinggi, namun indeks ini tidak memberi gambaran sebenar kesejahteraan kehidupan bagi golongan fakir dan miskin. Situasi ini akan menjejaskan perlaksanaan program dan aktiviti kerajaan dalam membasmi kemiskinan. Kajian ini adalah bertujuan untuk membentuk indeks baharu kesejahteraan golongan fakir dan miskin. Kajian ini menumpukan kawasan luar bandar negeri kedah yang meliputi Daerah Kubang Pasu, Sik dan Alor Setar. Seramai 300 orang fakir dan miskin telah dipilih secara rawak berstrata yang melibatkan ketiga-tiga daerah berkenaan. Data dianalisa dengan menggunakan SPSS 25. Di dalam menentukan penentu utama kepada kesejahteraan kehidupan golongan fakir dan miskin, terdapat lapan domain utama yang dibentuk dan diubahsuai berdasarkan kepada domain indeks kesejahteraan keluarga oleh Lembaga Pembangunan, Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) 2022. Hasil kajian mendapati bahawa enam domain kesejahteraan kehidupan [Agama (p<0.01), Ekonomi keluarga (p<0.1), hubungan keluarga (p<0.01), kesejahteraan keluarga (p<0.1),keselamatan (p<0.1), komuniti (p<0.01), teknologi (p<0.01)] mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan hasil kehidupan golongan fakir dan miskin di Negeri Kedah. Namun begitu, bagi domain kesihatan dan perumahan menunjukkan hubungan positif namun tidak signifikan ke atas hasil penghidupan. Dari aspek pembentukan indeks Kesejahteraan Keluarga Fakir dan Miskin di Negeri Kedah, hasil kajian mendapati indeks adalah rendah dengan skor di bawah nilai 0.25. Hasil kajian turut mendapati bahawa bagi domain agama adalah tinggi (0.91), domain hubungan keluarga dan perumahan dan persekitaran (pertengahan rendah). Manakala domain ekonomi keluarga, keselamatan, kesihatan, komuniti dan teknologi menunjukkan skor yang rendah dengan nilai di bawah 0.25. Bagi mempertingkatkan kesejahteraan kehidupan golongan fakir dan miskin adalah dicadangkan agar pendekatan pendidikan melalui kemahiran dan latihan perlu dipertingkatkan. Perkara ini adalah penting bagi membentuk daya saing golongan ini dalam mencapai kesejahteraan. Melalui penerapan kemahiran dan latihan yang berterusan, golongan fakir dan miskin mampu mencari sumber alternatif bagi mempertingkatkan kesejahteraan keluarga melalui pelbagai pendapatan tanpa bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan utama dan bantuan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah.