Parameter Paytech Menurut Maqasid Syariah (S/O 14886)

Teknologi pembayaran (paytech) merupakan cabang dari teknologi kewangan (fintech). Teknologi pembayaran melibatkan pengguna-wang elektronik-penyedia perkhidmatan-peniaga. Sistem pembayaran secara atas talian digunakan begitu meluas hari ini dalam urus niaga melibatkan penggunaan wang elektronik, dom...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shuib, Mohd Sollehudin, Mohamad Nor, Mohamad Naimi, Ishak, Suhaimi, Abd Muin, Mohd Adib, Mohamad, Mohammad Taqiuddin, Mansor, Nuruul Hidayah
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30589/1/14886.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30589/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Teknologi pembayaran (paytech) merupakan cabang dari teknologi kewangan (fintech). Teknologi pembayaran melibatkan pengguna-wang elektronik-penyedia perkhidmatan-peniaga. Sistem pembayaran secara atas talian digunakan begitu meluas hari ini dalam urus niaga melibatkan penggunaan wang elektronik, dompet elektronik, transaksi perbankan atas talian dan jual beli atas talian. Kemudahan pembayaran atas talian ini ditawarkan institusi perbankan dan pengendali bukan bank. Pembelian dan kaedah bayaran merupakan rukun penting dalam urus niaga muamalat. Kaedah pembayaran dan harga mestilah memenuhi syarat seperti sumber yang halal, transit di tempat yang halal dan jelas jumlah harga. Perbahasan kontemporari menemui bahawa pihak yang terlibat dengan sistem pembayaran atas talian menggunakan bank konvensional sebagai akaun utama mereka. Isu lain adalah berkaitan caj dan ganjaran yang diberikan penyedia perkhidmatan pembayaran. Penggunaan aplikasi ini juga terdedah dengan isu keselamatan dan kepatuhan kepada prinsip muamalat dan maqasid syariah. Tambahan pula, sistem pembayaran ini belum mempunyai pengawas shariah seperti sistem perbankan Islam dan takaful. Semua isu ini perlu diteliti untuk melihat sejauh mana perkara ini berlaku dan memberi kesan kepada aspek pematuhan prinsip syariah. Aplikasi teknologi ini dalam urus niaga muamalat penting untuk diteroka kerana teknologi pembayaran sentiasa berkembang di samping parameter muamalat yang dinamik. Potensi penggunaan teknologi pembayaran ini adalah amat besar. Kajian boleh melihat apakah urus niaga yang terlibat dan bagaimana disesuaikan dengan akad muamalat yang patuh syariah atau perlu bertepatan dengan maqasid. Mengenalpasti isu yang timbul dan mencadangkan penambahbaikan mengikut parameter maqasid syariah yang lima. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif mirip DDR iaitu dengan meneliti teknologi pembayaran dari perspektif muamalat. Fasa analisis akan melibatkan temubual pakar dalam bidang muamalat, paytech, fintech dan maqasid syariah. Kajian ini fokus kepada meneroka fenomena urus niaga pembayaran secara muamalat yang berasaskan pengunaan teknologi kewangan. Jangkaan hasil dijangka dapat membentuk parameter urus niaga pembayaran elektronik yang patuh syariah. Sehubungan itu, kajian adalah signifikan dalam memberi panduan kepada pembuat polisi dan pengguna melalui kewujudan peraturan dan garis panduan pengawalseliaan operasi teknologi pembayaran agar tidak tergelincir dengan prinsip prinsip maqasid syariah. Hasil kajian ini memberi input kepada peraturan berkaitan paytech dan memperbaiki polisi yang ada selaras dengan kepantasan teknologi kewangan dan perbankan, memberi cadangan tentang segmen pasaran paytech berdasarkan kerangka maqasid syariah, memperbaiki amalan paytech berdasarkan dapatan kajian semasa dan menetapkan garispanduan baru dalam pembangunan produk fintech.