Pengurusan Sisa dan Teknologi Hijau: Cabaran di dalam Sektor Pembinaan di Malaysia

Pembangunan industri pembinaan kini, memerlukan kecekapan, produktif, kos yang kompetitif dan juga mesra alam. Justeru itu, pihak kerajaan menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan dalam industri pembinaan telah melaksanakan beberapa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nawi, Mohd Nasrun, Osman, Najihah, Osman, Wan Nadzri, Harun, Aizul Nahar, Ahmad, Md Fauzi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30700/1/7th%20ICSC%202022%20352-363.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30700/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pembangunan industri pembinaan kini, memerlukan kecekapan, produktif, kos yang kompetitif dan juga mesra alam. Justeru itu, pihak kerajaan menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan dalam industri pembinaan telah melaksanakan beberapa strategi diantaranya adalah pembangunan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020. Salah satu teras utama CITP adalah menerusi kelestarian alam sekitar bagi mencapai pembinaan yang lestari. Bagi merealisasikan impian ini, setiap pihak dalam industri pembinaan perlulah sedar dan memahami konsep pengurusan sisa, pemulihan sumber dan teknologi hijau untuk mencapai kelestarian dalam industri pembinaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti amalan pengurusan sisa binaan dan teknologi hijau ke atas kelestarian projek binaan di Malaysia serta cabaran dalam perlaksanaannya. Populasi kajian terdiri daripada pihak-pihak berkepentingan (pemaju, kontraktor, perunding dan pelanggan) dalam projek-projek pembinaan di sekitar Malaysia. Maklumat berkaitan pihak berkepentingan tersebut diperoleh daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) dan Lembaga Jurutera Malaysia. Borang soal selidik telah diedarkan melalui pos, e-mel dan secara terus semasa melawat beberapa syarikat responden. Kajian ini telah mendapat maklum balas sebanyak 101 responden daripada pemaju, kontraktor, perunding dan pelanggan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan sisa dan teknologi hijau mempengaruhi kejayaan sesuatu projek. Akhirnya, hasil daripada kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan bagi meningkatkan tahap pengurusan sisa dan teknologi hijau.