Statistik Terpangkas Ft Menggunakan Kriteria Pemangkasan Berdasarkan Penganggar Skala Teguh MAD

Ketaknormalan data dan ketakhomogenan varians merupakan masalah yang sering dihadapi semasa pengujian hipotesis dijalankan. Kewujudan masalah ini akan memberi kesan terhadap ralat Jenis I. Salah satu cara bagi menangani kedua-dua masalah tersebut adalah dengan menggunakan kaedah teguh. Dalam kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Yusof, Zahayu, Othman, Abdul Rahman, Syed Yahaya, Sharipah Soaad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2007
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30954/1/MM%2029%2001%202007%2021-28.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30954/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/dismath
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Ketaknormalan data dan ketakhomogenan varians merupakan masalah yang sering dihadapi semasa pengujian hipotesis dijalankan. Kewujudan masalah ini akan memberi kesan terhadap ralat Jenis I. Salah satu cara bagi menangani kedua-dua masalah tersebut adalah dengan menggunakan kaedah teguh. Dalam kajian ini, kami telah mengubahsuai statistik Ft yang diperkenalkan oleh Lee dan Fung (1985) menggunakan min terpangkas. Min terpangkas ini bergantung kepada suatu kriteria pemangkasan (trimming criterion) yang dapat memangkas nilai-nilai ekstrim tanpa memerlukan penentuan awal (priori) peratus pemangkasan. Oleh yang demikian, penggunaan kriteria baru ini dapat mengelakkan pemangkasan yang tidak perlu. Kriteria pemangkasan yang diperkenalkan dalam kajian ini menggunakan penganggar skala teguh MADn. Kertas ini akan membincangkan secara terperinci tentang statistik Ft yang telah diubahsuai dan diilustrasikan dengan satu contoh