Undang-undang Anti-Monopli Dalam Menangani Cabaran Globalisasi

Globalisasi merupakan suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat; dimana komputer dianggap sebagai medium komunikasi yang utama. Antara cabaran globalisasi ialah wujudnya sistem ekonomi dan pasaran yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azrae, Ahmad Nasyran, Ayub, Zainal Amin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31141/1/PPU%2001%202007%2028-43.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31141/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Globalisasi merupakan suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat; dimana komputer dianggap sebagai medium komunikasi yang utama. Antara cabaran globalisasi ialah wujudnya sistem ekonomi dan pasaran yang terbuka. Keadaan ini telah mendorong para perniaga dan pedagang untuk memanipulasi situasi semasa bagi mencari keuntungan; lebih-lebih lagi di dalam sistem ekonomi yang berlandaskan kepada sistem kapitalis dimana konsep kepercayaan, keimanan, norma-norma akhlak dan budi pekerti sering diketepikan. Kesannya, dunia kini dikuasai oleh amalan monopoli yang berleluasa dikalangan ahli-ahli perniagaan. Amalan monopoli boleh didefinisikan sebagai penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma. Maka, undang-undang anti-monopoli dilihat sebagai sesuatu yang perlu bagi menangani fenomena ini. Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan keperluan undang-undang untuk mengawalselia monopoli di Malaysia