Perlindungan Terhadap Mangsa Keganasan Rumahtangga Dalam Situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menurut Perspektif Undang-Undang
Masalah keganasan rumah tangga (KRT) di Malaysia masih belum dapat dibendung sepenuhnya. Peningkatan ketara kes KRT dapat dilihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Fenomena ini amat membimbangkan memandangkan pandemik COVID19 belum berakhir dan potensi arahan PKP ke atas kawasan-ka...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Global Academic Excellence
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31147/1/IJLGC%2006%2022%202021%20179-188.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31147/ https://gaexcellence.com/index.php/ijlgc/home |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Masalah keganasan rumah tangga (KRT) di Malaysia masih belum dapat dibendung sepenuhnya. Peningkatan ketara kes KRT dapat dilihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Fenomena ini amat membimbangkan memandangkan pandemik COVID19 belum berakhir dan potensi arahan PKP ke atas kawasan-kawasan yang mempunyai meningkatan kes COVID19 adalah tinggi. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan perlindungan yang diberikan kepada mangsa KRT di Malaysia oleh Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) (AKRT 1994). Dengan menggunakan pendekatan secara deskriptif dan kajian perpustakaan, peruntukan AKRT 1994 dianalisa secara kritikal. Dapatan kajian menunjukkan pindaan kepada AKRT 1994 pada tahun 2017 telah menambahbaik akta sedia ada. Antara yang utama adalah peluasan skop dan definisi KRT serta perkenalan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO). Kesannya, pada masa kini, bukan sahaja mangsa penderaan fizikal, malah mangsa penderaan emosi, psikologi dan kewangan juga layak dilindungi di bawah AKRT. Di samping itu, mangsa juga boleh mendapatkan perlindungan segera melalui EPO kerana ia tidak memerlukan kebenaran mahkamah yang biasanya akan memakan masa. Pindaan 2017 ini menjadikan AKRT lebih proaktif kerana ia telah mengambil kira pelbagai masalah yang dihadapi oleh mangsa KRT selama ini. Walau bagaimanapun, untuk menjadikan AKRT ini efektif, mangsa perlu berani untuk tampil ke hadapan untuk mendapatkan perlindungan dan keadilan |
---|