Keganasan Rumah Tangga Menurut Perspektif Undang-Undang Jenayah

Keganasan rumah tangga (KRT) boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang menyebabkan kecederaan atau bencana kepada mangsa yang dilakukan oleh seseorang yang biasanya dikenali dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. KRT merupakan salah satu masalah sosial yang serius di negara ini. Statistik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: A. Rahman, Aspalella
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31157/1/SOLAS%202021%2035-41.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31157/
http://sol.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Keganasan rumah tangga (KRT) boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang menyebabkan kecederaan atau bencana kepada mangsa yang dilakukan oleh seseorang yang biasanya dikenali dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. KRT merupakan salah satu masalah sosial yang serius di negara ini. Statistik daripada Polis Diraja Malaysia menunjukkan kes-kes KRT semakin membimbangkan kerana ia bukan sekadar mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental kepada mangsa tetapi juga boleh mengakibatkan kematian. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (AKRT) dan Kanun Keseksaan (KK) merupakan dua akta utama yang dikuatkuasakan bagi menangani masalah KRT di negara ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisa kesalahan-kesalahan jenayah di bawah KK yang boleh dikenakan kepada pesalah KRT. Selain daripada mengkaji peruntukan yang berkaitan di bawah KK, kertas kerja ini turut menganalisa kes-kes mahkamah dan statistik yang berkaitan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan KK menyediakan pelbagai jenis kesalahan jenayah yang boleh dikenakan ke atas pesalah KRT. Gabungan AKRT dan KK boleh dianggap sebagai regim yang komprehensif untuk melindungi mangsa KRT dan menghukum pelakunya. Bagaimanapun, undang-undang yang ketat semata-mata tetap tidak dapat menghapuskan jenayah KRT secara total. Peranan masyarakat dan mangsa KRT sendiri amat diperlukan untuk menangani masalah KRT dengan lebih efektif. Persepsi masyarakat bahawa KRT hanyalah sekadar masalah rumah tangga perlu diubah. Paling penting, mangsa KRT perlu membuang rasa malu dan lebih berani untuk tampil ke hadapan agar pesalah dapat dihukum dengan sewajarnya dan mereka sendiri dapat keluar dari belenggu KRT dan menikmati kehidupan dengan lebih bahagia