Aplikasi Zakat Al-Gharimin Untuk Penyelesaian Hutang Dalam Kalangan Peserta Amanah Ikhtiar Malaysia

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menawarkan pembiayaan mikro kepada peserta AIM yang terdiri daripada golongan miskin terutamanya di kawasan luar bandar. Pembiayaan mikro ini merupakan satu bentuk hutang yang wajib dibayar setiap minggu. Umumnya, pembiayaan ini digunakan oleh peserta AIM sebagai satu b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Tahir, Raziah, Md Yusof, Syarifah, Othman, Azizah
Format: Article
Language:English
Published: Lembaga Zakat Negeri Kedah 2020
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31397/1/IJZIP%2002%2002%202020%2058-68.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31397/
http://journal.zakatkedah.com.my/about/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menawarkan pembiayaan mikro kepada peserta AIM yang terdiri daripada golongan miskin terutamanya di kawasan luar bandar. Pembiayaan mikro ini merupakan satu bentuk hutang yang wajib dibayar setiap minggu. Umumnya, pembiayaan ini digunakan oleh peserta AIM sebagai satu bentuk modal untuk memulakan dan mengembangkan aktiviti perniagaan. Dalam menyelesaikan bayaran balik pembiayaan, terdapat beberapa masalah tertentu yang dihadapi oleh peserta AIM. Dalam pengurusan zakat, orang-orang yang berhutang untuk tujuan daruriyyah ini tergolong dalam asnaf al-gharimin yang layak menerima bantuan zakat. Kertas kerja ini cuba meneliti dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti masalah yang dihadapi peserta AIM dalam proses bayaran balik hutang pembiayaan. Kedua, meneliti pandangan informan pakar dan peserta AIM terhadap aplikasi zakat al-gharimin dalam penyelesaian hutang. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif iaitu data dan maklumat berkaitan diperolehi melalui kaedah temu bual. Informan temu bual terdiri daripada peserta AIM, pihak pengurusan AIM, panel syariah zakat dan ahli akademik dalam bidang zakat. Maklumat yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian ini diharap dapat mencadangkan kaedah terbaik bagi agihan zakat al-gharimin dalam kalangan peserta AIM yang layak. Di samping itu, dapat mewujudkan rantaian kerjasama antara pihak AIM dengan pihak pengurusan zakat negeri dalam membantu peserta AIM yang tidak mampu menjelaskan hutang dan dikategorikan sebagai asnaf al-gharimin