Permasalahan Asnaf Fakir Dan Miskin

Permasalahan yang dihadapi oleh asnaf fakir dan miskin agak kompleks. Agihan zakat kepada mereka perlu mengambil kira permasalahan yang dihadapi agar dana zakat benarbenar dapat membantu mereka. Justeru, kertas kerja ini bertujuan meneroka permasalahan yang dihadapi oleh golongan asnaf fakir dan mis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Yusof, Syarifah, Md. Tahir, Raziah, Othman, Azizah
Format: Article
Language:English
Published: Lembaga Zakat Negeri Kedah 2019
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31401/1/IJZIP%2001%2001%202019%20128-137.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31401/
http://journal.zakatkedah.com.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Permasalahan yang dihadapi oleh asnaf fakir dan miskin agak kompleks. Agihan zakat kepada mereka perlu mengambil kira permasalahan yang dihadapi agar dana zakat benarbenar dapat membantu mereka. Justeru, kertas kerja ini bertujuan meneroka permasalahan yang dihadapi oleh golongan asnaf fakir dan miskin di Kedah. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif berbentuk fenomenologi. Kaedah temu bual mendalam digunakan untuk mengutip data daripada golongan miskin yang menjadi penerima zakat. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Seramai lapan orang informan telah ditemubual. Data dianalisis dijalankan mengikut tiga tahap iaitu kondensasi data, pembentangan data dan melakar rumusan dan pengesahan. Data naratif dianalisis dengan cara pengkodan dan seterusnya mengenal pasti tema bagi menjawap persoalan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa masalah kewangan yang dihadapi oleh golongan miskin berpunca daripada masalah kesihatan, konflik keluarga, sumber pendapatan dan pekerjaan, kurang kemahiran dan ketiadaan aset. Dapatan ini dapat dimanfaatkan oleh institusi zakat dan agensi berkaitan dalam meningkatkan kerjasama bagi membantu golongan miskin