Perlaksanaan Pendekatan Simulasi dan Refleksi (Model Hybrid Sire) dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Asas Kaunseling dalam Kalangan Pelajar (S/O 14755)

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman dan mengenal pasti keberkesanan Model Hybrid SIRe dalam meningkatkan kemahiran asas kaunseling kaunselor pelatih. Model Hybrid ialah pendekatan gabungan yang melibatkan Teknik Simulasi (demonstrasi dan role-play) dan teknik refleksi yang digunakan o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasir, Mohd Azrin, Ismail, Suzilah, Mat Ali, Nor A'tikah, Faudzi, Farah Nadia
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2020
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31545/1/14755.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31545/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman dan mengenal pasti keberkesanan Model Hybrid SIRe dalam meningkatkan kemahiran asas kaunseling kaunselor pelatih. Model Hybrid ialah pendekatan gabungan yang melibatkan Teknik Simulasi (demonstrasi dan role-play) dan teknik refleksi yang digunakan oleh jurulatih kaunselor bagi mewujudkan komunikasi dua hala dan membina keyakinan diri dalam perlaksanaan sesi kaunseling. Seramai tujuh orang kaunselor pelatih iaitu tiga lelaki dan empat perempuan telah dipilih daripada kursus SSCX4953 (Praktikum Kaunseling) untuk terlibat dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan kaedah mixed-method sebagai rekabentuk kajian. Instrumen Counseling Self-Estimate Inventory oleh Larson (1992) digunakan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran asas kaunseling para kaunselor pelatih bagi penilaian awal dan juga penilaian akhir (pre and post) untuk mengenalpasti keberkesanan model Hybrid SIRe ini. Selain itu juga, kaedah analisis refleksi bertulis kaunselor pelatih dan temubual tenaga pengajar kaunseling digunakan sebagai dapatan kualitatif dalam meneroka pengalaman kaunselor pelatih dalam menggunakan Model Hybrid ini. Data ini dianalisis menggunakan kaedah thematic analysis. Dapatan deskriptif menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap penguasaan kaunselor pelatih dalam penguasaan kemahiran asas kaunseling berdasarkan perbandingan min skor fasa awal dan fasa akhir kajian. Selain itu juga, terdapat empat daripada refleksi bertulis berkaitan dengan pengalaman pelatih menggunakan model ini iaitu (i) mudah difahami menarik (ii) meningkatkan keyakinan diri dalam persediaan bergelar kaunselor (iii) menilai kemampuan diri, dan (iv) menterjemahkan teori kepada praktis. Bagi refleksi pengajar, terdapat empat input penting iaitu (i) alat bantuan mengajar yang berkesan, (ii) mengelakkan "performance anxiety" kaunselor pelatih, (iii) menyemak sesi bagi penambahbaikan sesi akan datang, dan (iv) penggunaan dalam pengajaran kaunseling kelompok, keluarga dan pasangan. Kesimpulannya, Model Hybrid SIRe memberi implikasi yang amat baik kepada penguasaan kaunselor pelatih dalam kemahiran asas kaunseling. Penguasaan kemahiran ini dapat menjamin kepada pembinaan kecekapan dan kualiti profesionalisme dan perkhidmatan kaunselor pada masa akan datang