Pembinaan Model Integratif Peningkatan Ketahanan Psikososial Remaja (MIPKPR) untuk Pemantapan Resiliensi Remaja Hamil Tanpa Nikah (S/O: 14186)

Kebiasaannya, remaja hamil tanpa nikah (RHTN) akan ditempatkan di rumah perlindungan bagi menjaga kebajikan mereka sehingga bayi dilahirkan. Rumah perlindungan mempunyai tanggungjawab besar untuk menyokong RHTN dengan memperkuat ketahanan psikososial mereka. Kajian kuantitatif dan kualitatif ini ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shaffie, Fuziah, Abu Bakar, Md Zawawi, Mohd Ariffin, Nurhazlina, Mahamood, Yahaya
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31560/1/14186.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31560/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kebiasaannya, remaja hamil tanpa nikah (RHTN) akan ditempatkan di rumah perlindungan bagi menjaga kebajikan mereka sehingga bayi dilahirkan. Rumah perlindungan mempunyai tanggungjawab besar untuk menyokong RHTN dengan memperkuat ketahanan psikososial mereka. Kajian kuantitatif dan kualitatif ini bertujuan untuk membina Model Integratif Peningkatan Ketahanan Psikososial Remaja (MIPKPR) dengan mengenal pasti; (1) faktor yang menyumbang kepada ketahanan psikososial RHTN, (2) tahap resiliensi RHTN di rumah perlindungan, (3) Mengenal pasti perbezaan tahap resiliensi RHTN antara rumah perlindungan kerajaan dan swasta, dan (4) meneroka corak amalan pengurusan rumah perlindungan untuk pemantapan resiliensi RHTN di bawah penjagaan mereka. Soal selidik dan temu bual digunakan untuk mendapatkan data di empat buah rumah perlindungan wanita di Semenanjung Malaysia. Seramai 34 RHTN terlibat untuk menjawab soal selidik iaitu Tahap Resiliensi Remaja (TReR). Manakala, temu bual separa berstruktur terdiri daripada 12 RHTN dan lima penjaga yang menguruskan rumah perlindungan. Item dalam soal selidik TReR dan protokol temu bual telah disahkan oleh lima pakar penilai. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan bahawa RHTN di rumah perlindungan mempunyai tahap resiliensi yang sederhana (Min=3.40, Sisihan Piawai=1.010) dan tiada perbezaan tahap resiliensi yang signifikan bagi responden di rumah perlindungan kerajaan dan swasta (t= -0.53, df=5.85, p>.05). Bagi data kualitatif, tujuh tema menjadi faktor ketahanan psikososial RHTN iaitu sokongan sosial, nilai-nilai agama, pendidikan, perubahan sikap, perancangan masa hadapan, emosi, dan ikatan kekeluargaan. Selain itu, sembilan tema iaitu sokongan sosial, penekanan nilai agama, pembiayaan pendidikan, pembinaan sikap positif, perancangan masa hadapan, emosi, pembinaan pengukuhan ukhuwah, riadah dan kesihatan ditemui bagi corak amalan pengurusan rumah perlindungan untuk pemantapan resiliensi RHTN. Keseluruhannya, RHTN dalam kajian ini menunjukkan kemajuan yang baik di rumah perlindungan. Disarankan agar kaedah yang mereka guna dapat diperkuat dengan pembinaan modul melalui MIPKPR yang diselaraskan oleh pihak berkuasa ke semua rumah perlindungan RHTN milik kerajaan atau swasta. Selain itu, rumah perlindungan diharapkan dapat menjaga dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ada dari semasa ke semasa. Rumah perlindungan lain juga dapat memanfaatkan penemuan kajian ini untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penghuninya untuk pulih daripada masalah psikososial akibat kes kehamilan yang tidak diingini