Model matematik prestasi pelayan Web bagi sistem portal

Penggunaan Internet pada masa kini didapati semakin meluas. Namun begitu hanya segelintir pihak sahaja yang mengambil tahu tentang kelakuan prestasinya. Banyak organisasi membangunkan portal yang berteraskan internet untuk tujuan apliksi yang spesifik. Aplikasi-aplikasi ini menggunakan pelayan web...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahim, Rahela, Khaled, Khalid
Format: Article
Language:English
Published: Jabatan Matematik, Universiti Malaysia Terengganu 2008
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3635/1/R.pdf
http://repo.uum.edu.my/3635/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000301766
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penggunaan Internet pada masa kini didapati semakin meluas. Namun begitu hanya segelintir pihak sahaja yang mengambil tahu tentang kelakuan prestasinya. Banyak organisasi membangunkan portal yang berteraskan internet untuk tujuan apliksi yang spesifik. Aplikasi-aplikasi ini menggunakan pelayan web sebagai pemproses utama. Namun begitu tidak ada model tertentu yang dibangunkan untuk mengukur prestasi pelayan Web yang digunakan bagi menguji keberkesanan sistem portal yang berkaitan. Objektif kajian ini adalah membangunkan model analitikal atau model matematik yang berasaskan teori giliran untuk menilai prrstasi pelayan Web bagi mencapai suatu sistem portal. Model menggambarkan sistem sebagai "kotak hitam" di mana hanya kadar ketibaan peket dan kadar layanan pelayan sahaja yang dipertimbangkan sebagai parameter kajian Penggunaan parameter-parameter ini bcrtujuan mengukur nilai metrik prestasi pelayan Web seperti penggunaan pelayan Web, purata peket yang dihasilkan bagi setiap pelayan Web dan purata masa sambutan Model yang dibangunkan dapat memberi Maklumat dan pemahaman tentang kepentingan prestasi pelayan Web paras aras sisem. Maklumat yang diperolehi juga dapat membekalkan penyelesaian efektif dalam mengenalpasti komponenen yang menyebabkan masalah prestasi sistem pada masa akan datang. Secara amnya, maklumat yang diperolehi daripada model analitikal yang dibangunkan dapat membantu pihak pengurusan organisasi membuat keputusan berkaitan dengan prestasi sistem bagi meningkatkan lagi sistem capaian pelayan Web.