Masalah kesihatan di kalangan pendatang asing dan implikasinya di Kedah Darulaman

Sumbangan pendatang asing dalam pembangunan ekonomi dan negara tidak dapat disangkal terutama dalam sektor-sektor penting seperti perladangan, pembuatan dan perindustrian yang ketandusan tenaga kerja bukan profesional. Namun, kehadiran mereka turut membawa beberapa implikasi terhadap struktur sosial...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahim, Radziah, Abdullah, Siti Alida John, Ab Ghani, Rohani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3705/1/Radz.pdf
http://repo.uum.edu.my/3705/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sumbangan pendatang asing dalam pembangunan ekonomi dan negara tidak dapat disangkal terutama dalam sektor-sektor penting seperti perladangan, pembuatan dan perindustrian yang ketandusan tenaga kerja bukan profesional. Namun, kehadiran mereka turut membawa beberapa implikasi terhadap struktur sosial, ekonomi dan politik. Kedah yang turut menumpukan perhatian kepada sektor pembuatan dan perindustrian dalam Rancangan Tindakan Pembangunan Negeri Kedah 1991-2000 juga tidak terlepas daripada masalah ini. Kajian yang dijalankan untuk melihat sejauhmana seriusnya masalah sosial, yang antaranya menyentuh aspek kesihatan, mendapati bahawa sungguhpun negeri ini bebas daripada ancaman penyakit baru tetapi ia merekodkan peningkatan kes penyakit merbahaya seperti HIV/AIDS, hepatitis, batuk kering dan penyakit kelamin di kalangan pendatang asing. Pendatang asing yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital awam dan pejabat kesihatan daerah (PKD) ini tidak dinafikan kemudahan kesihatan atas sifat kemanusiaan. Kajian ini mendapati bahawa, pada amnya, jumlah bayaran perkhidmatan yang diterima daripada mereka adalah kurang berbanding kos yang ditanggung oleh hospital-hospital dan PKD. Ini bermakna kerajaan tcrpaksa menanggung subsidi kesihatan awam bagi pendatang asing sepertimana penduduk tempatan walaupun jumlah peratusan pesakit asing yang menggunakan perkhidmatan awam di Kedah adalah kurang daripada satu peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit.