Nilai ekonomi rekreasi pinggir pantai

Kertas kerja ini membincangkan nilai ekonomi yang boleh dianggar daripada barangan dan perkhidmatan alam sekitar khususnya sumber rekreasi pesisir pantai. Nilai ekonomi keseluruhan (TEV) mengandungi dua komponen utama iaitu nilai gunaan (UV) dan nilai bukan gunaan (NUV).Sub komponen nilai gunaan me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Musa, Rusmani, Jumali, Siti Norliza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3755/1/ni.pdf
http://repo.uum.edu.my/3755/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan nilai ekonomi yang boleh dianggar daripada barangan dan perkhidmatan alam sekitar khususnya sumber rekreasi pesisir pantai. Nilai ekonomi keseluruhan (TEV) mengandungi dua komponen utama iaitu nilai gunaan (UV) dan nilai bukan gunaan (NUV).Sub komponen nilai gunaan meliputi nilai gunaan langsung dan nilai gunaan tak langsung, sementara nilai bukan gunaan (nilai pasif) mengandungi nilai kewujudan dan nilai warisan. Berdasarkan faedah ekonomi yang dijana oleh sumber pesisir pantai, seharusnya penggunaan dan penerokaan sumber ini diuruskan dengan sebaiknya supaya nilai ekonominya dapat terus dinikmati, pada masa kini dan juga masa hadapan. Melalui pendekatan teknik penilaian komoditi bukan pasaran, kaedah penilaian kontingen (CVM) boleh diaplikasikan untuk tujuan penganggaran. Penilaian ekonomi mampu memberi nilai kuantitatif dan dapat memberi gambaran secara rasional sejauh mana kepentingan masyarakat ke atas sumber tersebut.