Pelancongan sempadan: Potensi dan cabaran

Semenjak tahun 1980an, industri pelancongan di Malaysia memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan.Kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada sektor ini disebabkan kemampuannya dalam menyumbangkan pendapatan kepada negara disamping meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.Penggubalan bebe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Johan Afendi, Ahmad, Mohamad Zaki
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/7104/1/J._a.I.pdf
http://repo.uum.edu.my/7104/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Semenjak tahun 1980an, industri pelancongan di Malaysia memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan.Kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada sektor ini disebabkan kemampuannya dalam menyumbangkan pendapatan kepada negara disamping meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.Penggubalan beberapa dasar yang mesra pelancongan, kestabilan politik dan ekonomi, kekuatan sumberjaya pelancongan sedia ada, pembukaan destinasi-destinasi baru serta promosi yang agresif menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong ke negara ini.Bagi memastikan industri pelancongan terus berkembang, Malaysia mempromosikan pelbagai konsep pelancongan seperti ekopelancongan, agro pelancongan, pelancongan bandar, pelancongan budaya dan sejarah, pelancongan kesihatan, homestay dan sebagainya. Salah satu konseppelancongan yang dipromosikan adalah melancong ke beberapa destinasi yang terletak di sempadan negara.Sebanyak 9 buah lokasi yang menjadi tumpuan pelancong di sepanjang sempadan Malaysia - Thailand. Aktiviti yang popular di destinasi ini adalah membeli-belah yang majoritinya dikunjungi oleh pelancong domestik.Salah satu tujuan kerajaan membangunkan kawasan-kawasan sempadan adalah memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sempadan disamping membuka kawasan-kawasan baru untuk tujuan pembangunan. Apabila disebut tentang pelancongan sempadan, beberapa isu seringkali dikaitkan dengan kawasan ini iaitu corak pergerakan pelancong, dasar pemberian visa, urusan di Kompleks Kastam dan Kuarantin, tarikan dan imej produk yang ditawarkan, corak pembangunan destinasi, status bebas cukai, pihak yang memperolehi manfaat hasil daripada pembangunan kawasan sempadan, keselamatan negara, aktiviti penyeludupan dan sebagainya.Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pelancongan sempadan berdasarkan konsep dan pengertian, dasar-dasar kerajaan Malaysia terhadap pembangunan di kawasan sempadan, keadaan semasa aktiviti pelancongan di beberapa pintu masuk utama sempadan Malaysia dan Thailand, potensi-potensi yang boleh diceburi dan dibangunkan pada masa depan oleh keduadua pihak disamping isu-isu yang menjadi halangan dalam pembangunan pelancongan di kawasan ini.