Tekanan kerja dan komitmen organisasi: Satu kajian dalam kalangan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan di negeri Kedah
Kajian ini dilakukan untuk menilai tahap tekanan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.Selain itu untuk menguji kewujudan pengaruh faktor latar belakang sosio-demografi terhadap tahap tekanan dan komitmen terhadap organisasi serta mengu...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Utara Malaysia
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/7343/1/1.pdf http://repo.uum.edu.my/7343/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dilakukan untuk menilai tahap tekanan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.Selain itu untuk menguji kewujudan pengaruh faktor latar belakang sosio-demografi terhadap tahap tekanan dan komitmen terhadap organisasi serta menguji perkaitan antara faktor tekanan kerja dengan komitmen terhadap organisasi.Persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan iaitu kakitangan yang bersetuju dan hadir pada ketika kajian dilakukan sahaja dijadikan responden kajian.Soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sosio-demografi, tekanan kerja (diadaptasi dari alat kajian Occupational Stress Indicator dan telah diubah suai oleh Unit Penyelidik Psikologi dan Kesihatan Sosial, UMS), dan komitmen terhadap organisasi (diadaptasi dari kajian Aishah; 1999) Ujian statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab objektif kajian. Secara umumnya kakitangan JBSNK mempunyai tahap tekanan kerja yang sederhana.Kakitangan perempuan menunjukkan tekanan kerja yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kakitangan lelaki.Kajian mendapati responden yang belum mempunyai anak mempunyai tekanan kerja yang lebih tinggi berbanding responden yang mempunyai anak sekurang-kurangnya seorang.Lebih daripada 60% dripada responden menunjukkan komitmen terhadap organisasi pada tahap yang tinggi.Kakitangan yang belum berkahwin mempunyai komitmen terhadap organisasi yang lebih tinggi berbanding kakitangan yang berkahwin.Begitu juga dengan kakitangan yang mempunyai anak lebih daripada 4 orang lebih mempunyai komitmen terhadap organisasi.Kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja secara keseluruhan dengan komitmen organisasi.Namun ada hubungan yang sifnifikan antara tekanan kerja interinsik dan tekanan kerja halangan kerja/rumah dengan komitmen organisasi secara songsang. |
---|