Memahami pemikiran Lat dalam kartun-kartun lakarannya
Kartun memainkan peranan yang penting dalam masyarakat moden hari ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan idea dan kritikan dalam bentuk satirikal dan humor.Kartunis Mohd. Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat merupakan tokoh yang unggul dan menjadi ikon dalam kalangan kartunis di Mala...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Utara Malaysia
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/7510/1/Norz.pdf http://repo.uum.edu.my/7510/4/1.Norzaliza%20Ghazali.pdf http://repo.uum.edu.my/7510/ http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000359617 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English English |
Summary: | Kartun memainkan peranan yang penting dalam masyarakat moden hari ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan idea dan kritikan dalam bentuk satirikal dan humor.Kartunis Mohd. Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat merupakan tokoh yang unggul dan menjadi ikon dalam kalangan kartunis di Malaysia.Lat amat dikenali sebagai seorang kartunis yang lantang menzahirkan kecaman sosio-politik dalam lakaran-lakaran sinisnya, khusus dalam akhbar-akhbar sejak dekad 1960-an lagi.Justeru, kajian ini dijalankan untuk memahami pemikiran Lat bagi membolehkan masyarakat menilai sumbangan beliau dalam memartabatkan dunia kartun di Malaysia. Kerangka konseptual kajian ini dibina berdasarkan kerangka konseptual yang dikemukakan oleh Puteri Roslina Abdul Wahid (2003) berpandukan model sosio-kognitif yang dikembangkan oleh Brian (1989).Subjek kajian terdiri daripada tiga karya Lat yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu iaitu Budak Kampung (1979), Entahlah Mak...! (1985) dan Mat Som (2004).Hasil kajian mendapati dalam Budak Kampung, fokus Lat lebih terarah kepada budaya Melayu.Manakala, dalam Entahlah Mak...!, Lat banyak memfokuskan tentang isu-isu politik yang berlaku di dalam dan luar negara.Sementara itu dalam Mat Som pula, Lat lebih banyak mengkritik tentang isu-isu sosial.Secara tidak langsung, karikatur-karikatur yang dilakarkan oleh Lat meparkan pelbagai ragam kehidupan manusia yang dirakamkan dengan cara yang halus dan tajam secara sindiran, ejekan atau sendaan.Lat melakarkan semua itu dengan satu tujuan iaitu untuk memberikan kesedaran kepada pembaca. |
---|