Persepsi terhadap teknologi baru dan kedudukan nilai estetika dalam kraftangan: Kajian kes pusat kraftangan negeri Kedah melalui skim inkubator

Kraftangan adalah satu bidang yang dikaitkan dengan aktiviti penghasilan produk dengan menggunakan tangan dan alatan manual.Ia biasanya dihasilkan untuk tujuan perhiasan dan dilakukan untuk mengisi masa lapang dan atau dilakukan secara kecil-kecilan.Hasil kraftangan selalu dikaitkan dengan nilai-nil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Zaidi, Mohamad Faizal
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2007
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/7785/1/Fai.pdf
http://repo.uum.edu.my/7785/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000295142
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kraftangan adalah satu bidang yang dikaitkan dengan aktiviti penghasilan produk dengan menggunakan tangan dan alatan manual.Ia biasanya dihasilkan untuk tujuan perhiasan dan dilakukan untuk mengisi masa lapang dan atau dilakukan secara kecil-kecilan.Hasil kraftangan selalu dikaitkan dengan nilai-nilai estetika yang terdapat di dalamnya. Nilai-nilai ini mencerminkan budaya dan bangsa masyarakat yang menghasilkannya.Dengan hanya melihat kepada hasil kraftangan sahaja, seseorang itu sudah boleh meneka masyarakat atau bangsa yang memilikinya.Namum begitu, kraftangan sudah menjadi satu industri yang boleh menghasilkan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya. Oleh yang demikian, kraftangan telah berubah daripada bersifat tradisional kepada yang bersifat komersial.Untuk mengkomersialkan produk kraf, teknologi baru/moden perlu digunakan kerana keluaran yang lebih seragam dapat dihasilkan dan permintaan pasaran dapat dipenuhi. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi baru dikhuatiri akan menjejaskan nilai-nilai estetika produk kraf tersebut. Ini menyebabkan penggunaan teknologi dan pengekalan nilai estetika menjadi perkara yang saling bergantungan di antara satu sama lain.Kajian kes ini dilakukan di Pusat Kraftangan Negeri Kedah melalui Skim Inkubator yang dijalankan.Kaedah kajian melalui tinjauan, temuramah, dan soal selidik telah dilaksanakan dan maklumat-maklumat yang diperolehi adalah berbentuk deskriptif.Selain itu, data-data sekunder daripada bahan berbentuk akademik dan bukan akademik seperti jurnal, buku, majalah, akhbar, dan internet juga digunakan.