Komunikasi interpersonal guru bahasa di Jerman
Kajian ini bertujuan meninjau komunikasi interpersonal yang digunakan oleh guru berbangsa Jerman serta guru penutur jati di dalam kelas bahasa Melayu-Indonesia di Jerman serta membandingkan Maksim Santun yang digunakan antara mereka. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah pemerhatian di...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11637/1/14394-52954-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/11637/ http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/967 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan meninjau komunikasi interpersonal yang digunakan oleh guru berbangsa
Jerman serta guru penutur jati di dalam kelas bahasa Melayu-Indonesia di Jerman serta
membandingkan Maksim Santun yang digunakan antara mereka. Dengan menggunakan
pendekatan kualitatif, kaedah pemerhatian di dalam kelas dilakukan dengan merakam
menggunakan kamera video. Data rakaman ditranskripsikan, diberikan tema dan dianalisis
secara deskriptif berdasarkan Prinsip Kesopanan Leech (1983). Hasil kajian menunjukkan
guru berbangsa Jerman (PG) menggunakan keenam-enam maksim sebagai komunikasi
interpersonal manakala guru penutur jati bahasa sasaran (PI) menggunakan 3 daripada 6
maksim. Walau bagaimanapun, 3 maksim tersebut digunakan secara minima sahaja oleh PG
iaitu dengan maksim budiman mempunyai peratus tertinggi, diikuti oleh maksim kerendahan
hati dan maksim simpati. Ini menunjukkan ketiga-tiga maksim ini bukan menjadi strategi
guru untuk digunakan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Antara keenam-enam maksim, maksim santun merupakan pilihan utama mereka iaitu PG
mengamalkan maksim santun sebanyak 70 peratus, manakala PI sebanyak 81.5 peratus
berbanding dengan maksim yang lain. Berdasarkan empat kategori maksim santun, didapati
PG hanya menggunakan kategori kos-manfaat, keopsyenalan dan jarak sosial sahaja,
berbanding dengan PI yang menggunakan keempat-empat kategori termasuk kategori
ketakterusan.
Dapatan ini menunjukkan bahawa budaya sesuatu masyarakat yang menjadi
amalan dan cara hidup seseorang akan dimanifestasikan dalam komunikasi termasuk dalam
wacana kelas bahasa. |
---|