Analisis hubungan kemahiran dengan kecekapan teknik firma perkhidmatan di Malaysia
Kajian ini menganalisis hubungan antara kemahiran dengan tahap kecekapan teknik firma dalam sektor perkhidmatan di Malaysia. Kemahiran dikategorikan kepada enam dimensi, iaitu kemahiran berkomunikasi secara efektif; kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah; kemahiran bekerja secara...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14537/1/17494-104486-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14537/ http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1167 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini menganalisis hubungan antara kemahiran dengan tahap kecekapan teknik firma dalam sektor perkhidmatan di Malaysia. Kemahiran dikategorikan kepada enam dimensi, iaitu kemahiran berkomunikasi secara efektif; kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah; kemahiran bekerja secara berpasukan; kemahiran etika dan moral dalam profesion; kemahiran keusahawanan; dan kemahiran pengurusan. Kajian ini berasaskan 130 buah firma perkhidmatan yang diperoleh daripada kajian lapangan pada 2014. Objektif kajian ialah menganalisis hubungan antara kemahiran dengan tahap kecekapan firma. Kajian ini menggunakan analisis sempadan stokastik (SFA) dalam mengukur tahap kecekapan teknik firma, sementara model persamaan berstruktur (SEM) menggunakan perisian SmartPLS dalam menganalisis hubungan antara kemahiran dan kecekapan. Dapatan menunjukkan tahap kecekapan teknik firma perkhidmatan secara relatifnya adalah rendah. Selanjutnya, hanya kemahiran bekerja secara berpasukan sahaja yang secara positif mempengaruhi tingkat kecekapan firma, manakala kemahiran beretika dan moral dalam profesion dan kemahiran berkomunikasi secara efektif mempengaruhi tahap kecekapan secara negatif dalam sektor yang dikaji. |
---|