Keberkesanan program kesedaran bencana tsunami: kajian kes di Kota Kuala Muda, Kedah
Sejarah tsunami yang melanda Kuala Muda, Kedah pada 2004 telah memberikan impak negatif kepada penduduk setempat antaranya kematian, kehilangan harta benda serta trauma. Jumlah kematian akibat tsunami yang direkodkan pada tahun tersebut adalah seramai 17 orang dan 32 orang lagi mengalami kecedera...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15816/1/33417-127898-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15816/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Sejarah tsunami yang melanda Kuala Muda, Kedah pada 2004 telah memberikan impak
negatif kepada penduduk setempat antaranya kematian, kehilangan harta benda serta trauma.
Jumlah kematian akibat tsunami yang direkodkan pada tahun tersebut adalah seramai 17
orang dan 32 orang lagi mengalami kecederaan. Selepas peristiwa tersebut, didapati tiada
garis panduan dan pelan evakuasi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak sebagai panduan
dan kaedah untuk penduduk setempat bagi menyelamatkan diri sekiranya berlaku bencana.
Justeru, inisiatif pelaksanaan latihan simulasi ini adalah sebagai langkah kesiapsiagaan
penduduk setempat untuk menghadapi bencana tsunami. Kajian ini menggunakan kaedah
pemerhatian turut serta dan borang soal selidik dengan mengaplikasikan tahap 1 (reaksi) dan
tahap 2 (pembelajaran) daripada Model Penilaian Kirkpatrick. Seramai 723 orang responden
terdiri daripada 62 orang guru dan 661 orang pelajar SMK Kota Kuala Muda yang dipilih
berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis
deskriptif dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa bagi reaksi, nilai skor min
tertinggi merujuk kepada item penggunaan media/LCD. Bagi pembelajaran pula, item
pengetahuan mencatatkan nilai skor min tertinggi berbanding item kemahiran dan sikap.
Hasil ujian korelasi dalam melihat hubung kait antara reaksi dan pembelajaran menunjukkan
hubungan yang sederhana dan signifikan. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan daya tahan
penduduk setempat untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang akan berlaku di
kawasan ini. |
---|