Pembangunan Nilai 3 sebagai bandar usahawan dan impaknya kepada peniaga tempatan dan pengunjung
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji pembangunan Nilai 3 sebagai bandar usahawan dan impaknya kepada peniaga dan pengunjung tempatan. Kajian ini tertumpu di Nilai 3, Negeri Sembilan untuk mengenal pasti impak fenomena urbanisasi Nilai 3 sebagai kawasan industri terbengkalai kepada...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16612/1/267-Article%20Text-379-1-10-20200427.pdf http://journalarticle.ukm.my/16612/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji pembangunan Nilai 3 sebagai bandar
usahawan dan impaknya kepada peniaga dan pengunjung tempatan. Kajian ini tertumpu di Nilai
3, Negeri Sembilan untuk mengenal pasti impak fenomena urbanisasi Nilai 3 sebagai kawasan
industri terbengkalai kepada sebuah bandar usahawan serta mengenal pasti faktor tarikan dan
permintaan sebenar pengunjung tempatan yang melawat Nilai 3. Masalah yang dihadapi oleh
peniaga tempatan adalah kesukaran untuk menukarkan pemikiran dan mindset pengunjung
tempatan terhadap harga barangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan peniaga asing.
Kewujudan sistem rangkaian antara peniaga asing juga menjadi masalah yang sukar dielak oleh
peniaga tempatan. Pelanggan tidak mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah salah satu
sebab untuk menyebabkan masalah kepada peniaga tempatan dengan mempunyai persepsi dan
pemikiran yang berbeza terhadap perniagaan yang dijalankan oleh peniaga tempatan di bandar
usahawan ini. Data primer diperoleh dengan menggunakan 2 set borang soal selidik kepada
peniaga dan pengunjung tempatan dan pemilihan responden adalah secara persampelan rawak
sistematik bagi peniaga tempatan dan persampelan secara convienience bagi pengunjung
tempatan. Pendekatan penilaian secara deskriptif digunakan dalam analisis data. Kajian ini
dapat menunjukkan bagaimana pembandaran sesuatu kawasan terbiar ke bandar keusahawanan
yang terkenal memberi kesan kepada peniaga tempatan dengan cara yang negatif dari aspek
sosioekonomi. Cadangan dan implikasi dasar kajian kes ialah peningkatan taraf dan kualiti
fasiliti di Nilai 3 dan mencari masalah yang menjadi halangan kepada peniaga tempatan untuk
mempelbagaikan sumber pendapatan mereka. |
---|