Kursus e-hospitaliti dan pelancongan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar
Kebolehan memproses sesuatu maklumat dalam pembelajaran melibatkan keupayaan pelajar untuk menerima dan memahami maklumat yang diperoleh. Keupayaan tenaga pengajar dalam mengenal pasti kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kuali...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16848/1/09.pdf http://journalarticle.ukm.my/16848/ https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kebolehan memproses sesuatu maklumat dalam pembelajaran melibatkan keupayaan pelajar untuk menerima dan
memahami maklumat yang diperoleh. Keupayaan tenaga pengajar dalam mengenal pasti kaedah pembelajaran
yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kualiti pengajaran
dan pembelajaran secara berterusan. Keperluan dalam mempelbagai kaedah pembelajaran pada masa kini dilihat
sebagai langkah untuk memperhalusi pendekatan pembelajaran seiring dengan pembangunan teknologi terkini.
Gaya pembelajaran pelajar yang berbeza mempengaruhi kualiti pembelajaran dan tahap motivasi terhadap sesuatu
kursus, khususnya kursus hospitaliti dan pelancongan. Kursus ini kurang diberi penekanan daripada aspek teori
dan hanya memberi tumpuan terhadap keperluan praktikal sahaja. Justeru, kajian ini mengkaji kepada penyesuaian
gaya pembelajaran pelajar berdasarkan model gaya pembelajaran Felder-Silverman. Gaya pembelajaran pelajar
yang dikenalpasti melalui kajian tinjauan terhadap 80 orang pelajar kursus Hospitaliti dan Pelancongan diguna
sebagai asas untuk pembangunan model e-Hospitaliti dan Pelancongan. Model e-Hospitaliti dan Pelancongan
yang dihasil boleh dijadikan sebagai panduan dalam e-Pembelajaran teknikal dan vokasional. |
---|