Faktor tekanan dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia: satu tinjauan awal
Tekanan adalah berkait rapat dengan isu kesihatan mental. Isu tekanan dalam kalangan pelajar universiti bukan sesuatu perkara yang baru dan ia mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji faktor tekanan dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dari...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16988/1/41607-133103-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16988/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1287 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Tekanan adalah berkait rapat dengan isu kesihatan mental. Isu tekanan dalam kalangan pelajar
universiti bukan sesuatu perkara yang baru dan ia mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak.
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji faktor tekanan dalam kalangan pelajar Universiti Sains
Malaysia (USM) dari aspek pembelajaran, kewangan dan peribadi. Kaedah borang kaji selidik
digunakan dengan melibatkan seramai 100 responden pelajar yang dipilih secara rawak. Lokasi
kajian dijalankan di kampus induk USM yang terletak di daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min.
Hasil kajian mendapati bahawa bagi aspek pembelajaran, item tertinggi ialah “saya sukar
memahami apa yang diajar oleh pensyarah sewaktu pembelajaran” dengan nilai min sebanyak
(M=4.01). Bagi aspek kewangan, item tertinggi ialah “saya memerlukan kerja sambilan untuk
menampung hidup di kampus” dengan nilai min sebanyak (M=4.08). Bagi aspek peribadi pula,
item tertinggi ialah “saya sering bimbang tentang masa hadapan” dengan nilai min sebanyak
(M=4.30). Keseluruhannya, aspek pembelajaran merupakan faktor tekanan yang dominan dalam
kalangan pelajar USM dengan mencatatkan nilai min sebanyak (M=3.72) berbanding aspek
kewangan (M=3.61) dan peribadi (M=3.30). Kajian ini dirujuk penting kepada masyarakat
terutama ibu bapa dan pihak universiti agar lebih peka dengan isu tekanan dalam kalangan pelajar
demi kesejahteraan kesihatan mental mereka. |
---|