Pengajaran reflektif berteraskan nilai ‘al-suhbah
Pengajaran Reflektif merupakan antara kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pendidik. Ia lebih terfokus kepada domain afektif pelajar, yang dilihat amat sesuai untuk diterapkan dalam konteks pelajar masa kini yang banyak terdedah dengan penggunaan te...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17054/1/39195-142111-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17054/ https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1353 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pengajaran Reflektif merupakan antara kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang semakin
mendapat perhatian dalam kalangan pendidik. Ia lebih terfokus kepada domain afektif pelajar,
yang dilihat amat sesuai untuk diterapkan dalam konteks pelajar masa kini yang banyak
terdedah dengan penggunaan teknologi. Namun, penggunaan teknologi dalam kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran ini perlu diimbangi dengan hubungan langsung antara guru
dan murid. Justeru artikel ini menyerlahkan pendekatan ‘al-suhbah’ sebagai suatu
pembaharuan dalam Pengajaran Reflektif dari sudut hubungan guru-murid yang efisyen bagi
mencapai keseimbangan ketiga-tiga domain afektif, kognitif dan psikomoto pelajar. Melalui
pendekatan ini, pelajar bukan sahaja dibimbing untuk menyelesaikan silibus subjek, bahkan
juga diberi peluang untuk mengalami sendiri intipati subjek tersebut dalam bentuk program
yang pelbagai. Kajian secara kualitatif ini melibatkan temubual dan pemerhatian terhadap 53
orang pelajar tahun tiga jurusan tafsir Al-Quran. Kajian ini berlangsung sepanjang Semester
Satu bagi sesi 2019/2020 dalam kursus Pendidikan Al-Quran, di Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Data-data yang diperolehi melalui refleksi secara penulisan
dan lisan dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti dan disusun secara tematik bagi melihat
kesan nilai al-Suhbah yang diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui laporan refleksi yang diperolehi, para pelajar didapati telah mencapai kesan positif
secara langsung dengan pendekatan al-suhbah ini, terutamanya dari sudut menghargai nilai
kehidupan yang menjadi fokus dalam domain afektif itu sendiri. |
---|